HORMATI PERLEMBAGAAN PARTI

>> Friday, November 21, 2008

01).Ketua Bahagian Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah tetap menegakkan pendiriannya bahawa tiada yang cacat dalam segala urusan pentadbiran semasa mengadakan persidangan UMNO cawangan bahagian Tenom. Semuanya berlandaskan etika dan Perlembagaan Parti UMNO.

02). Sebaliknya Datuk Rizalman meminta kerjasama, agar Ahli Jawatan Kuasa Pemantau Perhubungan UMNO negeri seharusnya menyemak semula apa yang terkandung dantermaktub dalam perlembagaan Parti, dan bukan hanya membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya dengan misi dan agenda kelompok . Sebab dengan mengenepikan Perlembagaan Parti ianya akan merumit dan mengeruhkan kementapan Parti dimasa akan datang. Oleh itu seandainya Ahli Jawatan Kuasa Pemantau Perhubungan gagal menyelesaikan masalah UMNO Tenom, beliau memohon agar pengurusan UMNO Pusat diminta turun padang secepat yang mungkin untuk menyiasat semula keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatan Kuasa Pemantau Perhubungan Negeri. Kerana keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatan Kuasa Pemantau lebih condong kepada mengenepikan Perlembagaan Parti.

03). Demikian juga dengan keputusan Mesyuarat Persidangan Wanita Umno bahagian Tenom; Dimana, jumlah undi melebihi 7 undi, daripada perwakilan yang hadir, juga telah disahkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Pemantau Perhubungan Negeri. Tegas Datuk Rizalman, apa kah motif disebalik keputusan yang tidak merujuk kepada etika dan Perlembagaan Parti atau pun Parti ini sudah cukup matang maka tidak perlu menggunakan etika dan Perlembagaan?

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP