Datuk Rizalman Abdullah Tangguhkan Mesyuarat Bahagian Umno Tenom Ke 20Hb. Dis, 2008.

>> Saturday, December 6, 2008

Datuk Rizalman Abdullah
Ketua Bahagian Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah, sekali lagi menangguhkan Mesyuarat Perwakilan Cawangan Bahagian Tenom ke 20hb, Dis. 2008, yang sepatutnya akan berlangsung pada hari ini 6hb, Dis. 2008. Tegas beliau, ini adalah ekoran daripada berlakunya aktiviti yang tidak sihat serta dikutuk dalam perlembagaan UMNO kerana ianya melibatkan politik wang, dikalangan pihak pencabarnya; Y.B Datuk Rubin Balang dan barisan kroninya.
Seramai 171 orang perwakilan telah dikumpul dan disorok ke beberapa hotel 5 bintang seperti Tang Dynasti Hotel, Hotel Promenade di Kota Kinabalu dan Hotel Impian Jadi Tuaran, sejak, 2Hb, Dis. hingga 5hb, Dis. 2008, jesteru itu Ketua Bahagian Umno Tenom memutuskan serta dengan sebulat suara daripada AJK bahagian untuk menangguhkan Mesyuarat.

Datuk Rizalman Abdullah meminta agar Ahli Jawatankuasa Disiplin Umno pusat turun padang untuk membuat siasatan dengan lebih lanjut sebelum mesyuarat diadakan pada 20Hb, Dis. akan datang. Tindakan yang sewajarnya harus dijalankan berdasarkan kod etika dan perlambagaan parti Umno, seandainya didapati bersalah.

Pada hari yang sama, Ketua Penerangan Umno Bahagian telahpun membuat lapuran polis di pejabat polis daerah Tenom serta di ikuti dengan lapuran Datuk Rizalman sendiri ke pejabat BPR di Putera Jaya, Kota Kinabalu, untuk mohon siasatan dengan segera. Tegas beliau, saya tidak teragak-agak untuk membuat lapuran kepada pihak yang berwajib kerana saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh termasuk beberapa orang antara yang disorok dan dikumpul datang mengadu kepada saya sekembalinya mereka daripada disorok, di Kota Kinabalu, serta bersedia memberi kerjasama jika diperlukan untuk membuat penjelasan daripada mana-mana pihak yang berwajib.

Selaku ahli parti Umno serta pemimpin Umno di peringkat bahagian, sepatutnya komited serta menghormati etika dan perlembagaan parti agar ianya dihormati oleh masyarakat dan penyokong umno, bukan menonjolkan pemimpin yang dihasilkan daripada produk rasuah serta menggunakan kekerasan dengan cara menyorok perwakilan. Sekali lagi Datuk Rizalman Abdullah merayu agar Ahli Jawatankuasa Disiplin Umno pusat serta pihak BPR menyiasat secara terperinci dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya sebelum mesyuarat Perwakilan Bahagian akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Beliau percaya perbuatan yang amat memalukan ini akan diulangi oleh pihak pencabarnya pada mesyuarat akan datang seandainya tindakan disiplin tidak dijalankan terhadapnya.
Begitu juga dengan persidangan perwakilan Wanita Bahagian Umno Tenom, seharusnya Umno pusat harus menyiasat dan mengadakan persidangan semula kerana AJK perhubungan negeri telah mensahkan persidangan Wanita yang lalu, walaupun terdapat 7 undi lebih daripada jumlah perwakilan yang hadir. Kalau kes persidangan wanita Umno di Labuan dapat bersidang semula ekoran terdapat 1 undi lebih daripada jumlah perwakilan yang hadir maka tidak ada sebab mengapa persidangan Wanita Umno Tenom tidak dapat dijalankan semula.

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP