Pendapatan negara mungkin terjejas penurunan minyak: PM

>> Wednesday, December 3, 2008

Pak Lah

MUTAKHIR

KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Sekiranya harga minyak turun mendadak, pendapatan akan terjejas kerana peratusan pendapatan dari minyak adalah tinggi. "Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, di sini, malam tadi.

Minyak adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Beliau berkata ahli MT Umno juga telah diberi taklimat muktahir mengenai keadaan ekonomi Amerika Syarikat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Najib juga adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno.

Harga minyak jatuh ke bawah paras AS$50 setong berikutan keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (Opec) untuk melengahkan keputusan menurunkan kuota pengeluaran walaupun berpendapat bekalan melebihi permintaan di pasaran dunia sekarang.

1 comments:

akiklawon December 3, 2008 at 12:06 PM  

Assallamualaikum Pak Lah.

Hai..., macamana nie. Harga minyak naik pening kepala, harga minyak turun sakit kepala. Tak tau nak buat camana lagi dengan minyak ni. Alaaaaaahai..Semoga Allah akan memberkati dan memberi petunjuk yang baik, dibawah kepimpinan YAB Dato' Abdullah Ahmad Badawi.

Wassallam,

Aki Kalawon, yang simpati.


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP