BN Tewas Di Kuala Terangganu.

>> Sunday, January 18, 2009

Kuala Terengganu:Selera pengundi PAS dan BN masih samaJanuary 18, 2009 : 09.24 AM--->
Walaupun PAS menawan semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu namun kemenangan calon parti itu serta kekalahan calon Barisan Nasional masih menunjukkan sokongan pengundi kepada PAS serta BN tidak banyak berubah.

Sungguhpun Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi, calon PAS itu hanya berjaya menarik pengundi baru seramai 949 orang. Ini kerana jumlah undi diperolehi dalam pilihan raya kecil tersebut adalah 32,883 manakala Mohamad Sabu yang bertanding ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu mendapat 31,934 undi.

Kekalahan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula menunjukkan kegagalan parti itu mengekalkan 32,562 undi yang diperolehi allahyarham Datuk Razali Ismail pada Mac tahu lalu. Beliau mendapat mendapat 30,252 undi iaitu kurang 2,310 berbanding Razali.
Peratusan keluar mengundi kali ini turut menurun dengan 79.3 peratus atau kira-kira 63,993 pengundi daripada 80,229 orang layak mengundi berbanding 82.3 peratus atau kira-kira 66,112 pengundi daripada sejumlah 80,325 pengundi yang layak pada pilihan raya umum lalu.
Kemerosotan 3 peratus pengundi ini bermakna seramai 2,119 pengundi yang keluar mengundi Mac lalu tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihanraya kecil ini.

Mengambilkira jumlah undi diperlolehi calon Bebas, Azharuddin Mamat@ Adam sebanyak 193 undi serta undi rosak direkodkan berjumlah 665 undi, kemungkinan bermakna ada diantara mereka yang mengundi Mak Cik Maimon Yusof tahun lalu mengalihkan undi mereka kepada Abdul Wahid.

Dalam pilhian raya umum Mac lalu, Maimon memperolehi 628 undi manakala undi rosak 931 undi. Kelebiihan 949 undi diperolehi Abdul Wahid kemungkinan disumbang oleh mereka yang dulunya mengundi Maimon dan jumlah yang merosakkan undi masing-masing.
Secara tidak langsung, jumlah perbezaan undi calon Bebas dan undi rosak berbanding tahun lalu dan pilihan raya kecil ini adalah sebanyak 691 undi yang memihak kepada calon PAS.

Apa yang jelas, PAS seolah-olah mempunyai pengundi tetap yang menyokong parti itu setiap pilihan raya dan faktor menang atau tewas parti itu kepada calon BN boleh dikaitkan dengan kekurangan jumlah keluar mengundi selain undi dipecahkan calon Bebas serta direkodkan rosak.
PAS juga beroleh kemenangan disebabkan faktor pengundi lama yang sudah sebati dengan parti itu dan generasi muda yang enggan keluar mengundi turut memberi kelebihan kepada mereka.
BN juga dilihat mempunyai pengundi tetap yang tidak banyak berubah dan jika menang atau kalah, ianya adalah disebabkan faktor sama seperti di atas. Punca Wan Ahmad Farid tewas boleh dikaitkan faktor di atas termasuk bilangan keluar mengundi yang merosot.

Sumber-sumber jentera BN yakin sekiranya peratusan keluar mengundi meningkat atau jumlahnya sama seperti pilihan raya umum lalu, Wan Ahmad Farid mempunyai peluang menang pada pilihan raya kecil ini walaupun majoritinya kecil. Ada juga yang mengandaikan pertarungan kedua-dua parti itu lebih sengit serta seimbang dan nasib PAS mungkin berubah seandainya jika bukan Wan Ahmad Farid yang menjadi calon BN. Selain faktor Wan Farid yang dinilai ‘ kurang mesra ‘ ramai kalangan pemerhati yang merasakan terdapat beberapa faktor seperti diatas yang ‘ menekan’ BN berbanding PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil ini.

– 17/1/2009 Sources Agenda Daily.
-------------------------------

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP