Kesan besar untuk PKR Sabah / Zaid tarik diri pemilihan Timbalan Presiden PKR dan lepaskan semua jawatan.

>> Tuesday, November 9, 2010

Zaid yang berhasrat akan bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR telah berakhir dengan penarikan dirinya dan seterusnya melepaskan semua jawatanya dalam PKR. Menurut berita Utusan Borneo terkini pada hari ini, beliau amat kesal dan keciwa kerana sepanjang proses pemilihan parti, pucuk pimpinan parti tidak dapat menengani pelbagai isu berhubung dengan manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil dalam Parti Keadilan, walaupun isu tersebut dibangkitkan.

Beberapa perkembangan menunjukkan penipuan dalam pemilihan berlaku bagi mencapai tujuan individu tertentu. Di Sabah juga tidak kurang pergolakan yang serupa bagi mencapai missi individu yang tersendiri. Walaubagaimana pun, Zaid akan terus komitted kepada perjuangan pembangkang dan akan sentiasa membangkitkan isu-isu melibatkan rakyat biasa, tegas beliau.

Kepada pemimpin PKR di Sabah pula, yang masih komitted dengan perjuangan pembangkang seperti mana perjuangan Zaid, adalah paling baik untuk meneruskan perjuangan mereka melalui Parti Maju Sabah (SAPP) yang berlandaskan " Sabah Base Parti " dengan konsep Multiracial parti. Biarkan urusan PKR pusat dengan BN pusat bertelaga dalam menjuarai menuju ke puncak Putera Jaya.

Kalau dilihat perjuangan PBS sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1984 yang lalu, perjuangannya mirip kepada perjuangan Parti SAPP ( Parti Maju Sabah ) yang dipimpin oleh Datuk Yong Teck Lee pada masa kini. Itu lah sebabnya kepimpinan Datuk Yong Teck Lee semakin lama semakin diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Sabah maupun Bumiputera bukan Islam atau Islam. Idealisme Datuk Yong Teck Lee dengan Datuk Dr. Jeferry Kitingan memang mirip dan ideal, kerana semangat mereka dalam memperjuangkan hak-hak rakyat negeri Sabah amat diperlukan pada masa kini. Keberanian pucuk pimpinan Parti Maju Sabah dalam membangkitkan hak-hak rakyat Sabah serta mengambalikan kuasa autonomi, amat lah menambat dihati setiap lapisan rakyat Sabah. Meskipun kekalahan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi, itu bukanya suatu kayu pengukur yang boleh mentransformasikan berakhirnya karier politik  Datuk Yong Teck Lee. Kerana perang yang lebih besar sedang menanti dihadapan yang berkemungkinan akan berlangsung pada tahun hadapan.

Kepada pemimpin PKR di Sabah serta para ahli PKR di Sabah, renung-renungkan lah, demi kebaikan kita bersama, sebagai anak jati Sabah dalam mempertahankan hak-hak dan maruah kita dibumi Sabah ini. Mari kita sama-sama perkasakan Parti Maju Sabah, suatu parti alternatif pembangkang di Sabah.

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP