Dimana kedudukan Sabah dalam perjanjian 20 perkara Semasa sama-sama menubuhkan Malaysia.

>> Friday, July 8, 2011

Kita sudah banyak mendengar mengenai persefahaman 20 Perkara apabila Sabah dan Sarawak ingin menubuhkan Malaysia bersama Malaya. Ketiga – tiga negara ini bersetuju kepada beberapa perjanjian, yang dikenali sebagai persefahaman 20 Perkara yang memberikan Sabah dan Sarawak pemerintahan sendiri. Persefahaman 20 Perkara ini adalah asas kepada “jalinan dan melindungi hak” penduduk Sabah dan Sarawak.

Tetapi, selepas 45 tahun, kerajaan Persekutuan bukan sahaja tidak memperdulikan perjanjian tersebut malah menukar “peraturan” tersebut tanpa kebenaran Sabah dan Sarawak. Kesannya, penduduk Sabah dan Sarawak berasa tidak puas hati kerana mereka merasa “dipencilkan” dan “diabaikan” serta “dipinggirkan” oleh Barisan Nasional (BN) yang kiterajui UMNO. Sabah dan Sarawak sudah dan terus berusaha dalam memainkan peranan kepada Malaysia tetapi tidak bagi Malaya dan hanya mereka yang tahu mengapa mereka tidak berpegang pada janji.Beberapa perkara yang agak “panas” dalam “perjanjian” tersebut akan diberi perhatian dan komen akan menyusul berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan semasa.


Perkara 1: AgamaTiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Sarawak.Kerajaan negeri Sarawak meneruskan program “peng-Islamkan” tanpa memperdulikan perasaan sensitif penganut Kristian dan agama lain. Pendekatan “peng-Islaman” menyebabkan ramai beranggapan bahawa Islam adalah agama rasmi Sarawak. Ini menarik perhatian Bumiputra Bukan Muslim yang mendapati pendekatan yang lebih terhadap peranan Islam walaupun ia bukan agama kebangsaan negeri. Kita mendapati yang polisi Islam dibawa masuk ke dalam beberapa aktiviti dan perancangan di dalam negeri dalam menegakkan Islam sebagai agama kebangsaan negeri seperti pembacaan doa Islam di dalam majlis rasmi negeri.Oleh sebab Islam bukan agama kebangsaan negeri, mengapa pula mereka yang memerintah mahukan Tuan Yang Terutama mesti di kalangan Muslim.Itu tidak seharusnya.


Perkara 2: Bahasaa. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuanb. Bahasa Ingeeris boleh diteruskan dalam tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysiac. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Sarawak untuk pelbagai tujuan negeri dan persekutuan tanpa had masaContohnya;1) Pegawai kerajaan Persekutuan yang beroperasi di Sarawak menegaskan bahawa semua komunikasi mesti menggunakanBahasa Malaysia.2) Kementerian Pelajaran mahukan semua pelajar lulus dalam Bahasa Malaysia sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Semua arahan tersebut hanya boleh digunakan di Malaya, di Sarawak pula jabatan tersebut patur akur dengan persefahaman 20 Perkara. Usaha dalam mewujudkan jalinan nasional memang harus ada tetapi persefahaman tersebut harus juga dihormati.


Perkara 6: ImigresenKawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan. Sarawak harus mempunyai kuasa sepenuhnya selain dari pergerakkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dari tempat lain di Malaysia .


Perkara 11: Takrif dan KewanganSarawak harus mengawal pentadbiran kewangan, pembangunan dan takrifnya sendiri serta hak dalam menentukan cukai dan pinjaman.


Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk AsliPada prinsipnya, penduduk asli Sarawak harus menikmati hak istimewa sejajar dengan hak yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi perkara ini sering dilupakan oleh mereka.Ramai penduduk Semenanjung beranggapan yang Dayak adalah bukan Bumiputera. Isu ini kerap diungkit apabila Bumiputera Bukan Muslim membeli hartanah mengikut kuota bumiputera. Bank pun sama. Ternyata perkara yang diajar di sekolah mengenai hal ini tidak betul atau sengaja dicicirkan oleh sesetengah pihak.


Perkara 15: PelajaranSistem pendidikan/pelajaran di Sarawak harus dikekalkan kerana ia adalah di bidang kuasa pentadbiran negeri.Segala peruntukan dikawal oleh kerajaan Persekutuan. Dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) sejumlah RM9 billion diperuntukkan untuk menaik taraf dan membina sekolah baru. Bukan itu sahaja, kontrak membaik pulih dan pembinaan juga dikawal oleh kerajaan persekutuan. Malah mereka juga melantik Muslim untuk menjadi juga guru besar dan pengetua di sekolah mubaligh kristian. Ini tidak sepatutnya berlaku di Sarawak.


Perkara 17: Wakil di ParlimenBukan jumlah penduduk Sarawak yang seharusnya diambil kira, saiz dan potensinya juga jangan diberi perhatian.Sememangnya Sarawak memberi 30 Ahli Parlimen di bawah Barisan nasional (BN). Permintaan Sarawak untuk memberi kelebihan dalam pemilihan jawatan Menteri Kabinet tidak diendahkan oleh Perdana Menteri. Sebagai balasan, kerajaan Persekutuan memberi Sarawak RM1 billion untuk pembangunan yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri. RM1 billion ini adalah peruntukan adalah pertolongan atau satu bentuk “rasuah” untuk membeli sokongan rakyat. Sememangnya BN membeli undi.


Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan dan lain – lain Peruntukan Perundangan Persekutuan di dalam Majlis Tanah Kebangsaan (National Land Council) tidak boleh diguna pakai di Sarawak. Oleh itu Majlis Kebangsaan (National Council) untuk Kerajaan Tempatan juga tidak seharusnya dipakai.Mengapa kerajaan pusat mengambil alih sumber minyak dan gas asli? Sekiranya perlu, mengapa pula negeri diberikan royalti hanya 5% sahaja? Banyak permintaan untuk menaikkan royalti kepada 20% pula tidak pernah dilayan oleh PM. Itulah harga yang patut dibayar atas kesilapannya dan dia akan kehilangan undi Dayak dan Murut kalau di Sabah. Sekiranya PM ingin menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai jelapang padi, diharap para pelabur tidak akan MERAMPAS hak milik tanah di Sabah dan Sarawak. Pelabur tidak perlu memiliki tanah. Mereka Cuma perlu membayar sewa kepada kerajaan dan mengupah pekerja tempatan serta memelihara alam semulajadi bagi menempatkan pertanian raksasa ini. Berilah kontrak dan latihan kepada penduduk tempatan.Terserah kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap apa yang berlaku di Sarawak dan menilai sama ada kerajaan Persekutuan berpegang pada janji dalam melaksanakan perjanjian 20 Perkara.

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP