10 LOKASI HITAM DIKENAL PASTI.

>> Monday, January 14, 2013




KOTA KINABALU 10 Jan. - Dewan  Bandaraya  Kota Kinabalu  (DBKK)  mengenal  pasti  10  lokasi 'kawasan  hitam'  di bandar raya  in i bagi  diletakkan  di bawah  Pelaksanaan  Inisiatif  Pemutihan Kawasan  Hitam - Program  Bandar  Selamat  pada  tahun  ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, sasarannya ialah sekurang-kurangnya mengurangkan sebanyak 50 peratus rasa bimbang orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah di kawasan berkenaan.

Katanya, kawasan hitam yang disenaraikan itu tidak semestinya kawasan yang mempunyai indeks jenayah tinggi, tetapi sebuah kawasan yang mampu menimbulkan perasaan takut dalam kalangan orang ramai atau berada dalam keadaan tidak terurus.

"10 kawasan tersebut ialah Pasar Besar Kota Kinabalu, Sinsuran, Bandaran Berjaya, Asia City, Api-Api, Sadong Jaya, Karamunsing, Sembulan, Sempelang dan pekan Tanjung Aru," katanya selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan Inisiatif Pemutihan Kawasan Hitam Bandar Raya Kota Kinabalu, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai; Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Peter Umbuas dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdianshah Abdul Karim.
Tambah Abidin, pemilihan lokasi kawasan hitam itu berdasarkan pada tiga kriteria iaitu persekitaran sebanyak 60 peratus, sosial atau ekonomi (30 peratus) dan keselamatan (10 peratus).

Katanya, lokasi yang menjadi sasaran inisiatif tersebut berdasarkan saranan yang telah ditetapkan oleh Unit Khas Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bandar Selamat.
Jelasnya, pelbagai program keselamatan Bandar Selamat dilaksanakan oleh DBKK pada 2011 dan tahun lalu termasuk tindakan pencahayaan di Segama, Kampung Air serta kawasan Kota Kinabalu lama.

"Selain itu, DBKK juga melaksanakan pemasangan rel penghadang di beberapa buah jalan utama, memasang cermin keselamatan di sekitar bandar, menyediakan tempat letak motosikal berkunci dan pemasangan papan tanda peringatan serta talian kecemasan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130111/wb_03/10-lokasi-hitam-dikenal-pasti#ixzz2HyC6kTj4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP