Pusat akses Wifi di desa

>> Friday, May 21, 2010

BALING 20 Mei - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan pusat akses Wifi di setiap kampung di seluruh negara bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan Internet percuma dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, pusat akses yang melibatkan kos kira-kira RM11,000 setiap satu itu akan dipasang di dewan atau balai raya serta premis kerajaan yang mempunyai talian telefon dan sambungan jalur lebar.

Katanya, langkah yang diambil berkenaan bertujuan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar kepada 50 peratus pada penghujung tahun ini berbanding 35 peratus kini.

"Pusat akses ini diwujudkan di setiap kampung. Kita sedang kaji kesesuaian untuk memasangnya di premis kerajaan sedia ada dan tidak melibatkan pembinaan bangunan baru.

"Melalui pendekatan ini, penduduk yang berada sekitar satu hingga dua kilometer dari pusat akses di kampung masing-masing boleh mendapatkan sambungan percuma kepada komputer mereka," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Pewaris Muda Anak Angkat di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad dan Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Rais, pemasangan pusat akses Wifi terbabit juga sebahagian daripada Sistem Galakan Komunikasi yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, buat masa ini, beberapa kampung di Melaka dan Negeri Sembilan dipilih untuk dipasang pusat akses Wifi sebagai perintis projek.

"Selepas ini, SKMM akan menjalankan kajian dan mendapatkan maklum balas daripada pemimpin setempat mengenai kesesuaian memasang pusat akses Wifi di kawasan masing-masing," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, projek pengagihan sejuta komputer peribadi dan komputer riba di seluruh negara sudah dimulakan sejak bulan lalu.

Katanya, pengagihan komputer tersebut khususnya kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan pemimpin tempatan akan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengagihan komputer, kita akan mengedarkan borang tinjauan kepada pemimpin peringkat bahagian dan cawangan untuk menentukan mereka yang layak diberi komputer," katanya.

"Beberapa kriteria ditetapkan antaranya pelajar terbabit mestilah menunjukkan prestasi akademik yang baik sebelum diberikan bantuan komputer percuma," ujarnya.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk mengagihkan komputer dan komputer riba kepada pelajar yang kurang mampu di negara ini.


Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

Read more...

Montukod Island For sale

>> Sunday, May 16, 2010

http://www.mudah.my/li?ca=14_s&th=1&q=Island&cg=2080&w=1&st=a
Kota Kinabalu;
Montukod island (CL)with single owner;is located approximately one kilometer off the shore Kinarut; surrounded by the scenic natural and panoramic sea view that encompasses the coastline of the Kota Kinabalu City. The whole island is a hill about 30-40 meters high making it perfectly possible to design a truly unique island resort hotel sitting on top, having a panoramic view of the surrounding ocean, the city and mainland mountain ranges.The nearest town of Kinarut is approximately 17kms from the City of Kota Kinabalu and around 15 minutes drive from Kota Kinabalu International Airport. The Island is about 30 minutes away by boat from the Tengku Abdul Rahman Parks comprising of Sapi Island, Mamutik Island, Manukan Island and Sulug Island. These island are extremely popular with domestic day tripper and tourist alike. Manukan island offers moderate accommodations and facilities. Selling price RM15 million.
For interested parties; No brokers, please contact Mr. Redzwan U; at this number: 013-8101513.
By:Akikalawon Redzwan

Read more...

Institut Perguruan Keningau kini semakin pesat membangun

>> Friday, May 14, 2010

 

SEBELUM menjadi tapak gedung ilmu ia hanya dikenali sebagai Bukit Langsat yang masih diselubungi hutan dengan flora dan faunanya yang menjadi tumpuan unggas di udara dan haiwan yang melata di bumi.

Bukit ini juga menjadi kawasan memburu bagi penduduk di sekitarnya dan dikatakan pernah menjadi tempat persembunyian penduduk semasa perang dunia kedua dahulu.

Namun pada tahun 1982 bermulalah sejarah kewujudan Maktab Perguruan Keningau yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau apabila pembinaannya dilaksanakan di tapak seluas 40 hektar.

Usaha mendapatkan tanah yang menjadi tapak IPG ini adalah atas inisiatif Tan Sri Suffian Koroh anak watan daerah Keningau yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Pembinaan IPG Kampus Keningau yang merangkumi bangunan pentadbiran, dewan kuliah, asrama, flat kediaman pensyarah, dewan, kantin dan sebagainya yang menelan belanja RM 32 juta siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Pada tahun 1988 IPG Kampus Keningau (Maktab Perguruan Keningau pada ketika itu) dirasmikan oleh Saudara Anwar bin Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

IPG Kampus Keningau yang terletak daerah Keningau Pedalaman Sabah dapat dihubungi melalui jalan raya berturap sejauh 145 kilometer dari Kota Kinabalu menggunakan laluan Keningau – Tambunan – Kota Kinabalu dan laluan kedua jalan raya Keningau – Kimanis – Kota Kinabalu sejauh 100 kilometer. Jaraknya pula dari bandar Keningau hanya 4.5 kilometer.

Pengarah IPG Kampus Keningau Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim berkata, pengambilan sulung IPG ini bermula pada 4 Februari 1985 dengan kemasukan 236 pelatih yang telah mengikuti Kursus Perguruan Asas. Daripada jumlah itu 137 pelatih mengikuti Kursus Perguruan Sekolah Rendah Pengajian Melayu dan Kursus Perguruan Sekolah Rendah Pengajian Inggeris, 98 pelatih mengikuti Kursus Perguruan Sekolah Menengah Rendah Pengajian Melayu dan Sejarah, Pengajian Melayu dan Geografi, Pengajian Inggeris dan Geografi dan Pengajian Matematik dan Sains.

Katanya, dalam pengambilan sulung itu, 164 pelatih datangnya dari Sabah, 47 pelatih dari Semenanjung dan 23 pelatih dari Sarawak.

“Seperti juga IPG lain, IPG Kampus Keningau turut mengharungi arus perubahan sejak ia ditubuhkan dan kini ia turut mengendalikan pelbagai program kursus dan peringkat,” kata Penny semasa beucap pada sambutan jubli perak (ke 25 tahun) IPG Kampus Keningau pada 23 April lalu.

Penny berkata, memulakan pengajian dengan Kursus Perguruan Asas (KPA) peringkat sijil perguruan, diikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pada tahun 1996, kini IPG ini mengendalikan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Kursus Program Ijazah SarjanaMuda Perguruan (PISMP).

Selain itu katanya, Kursus Dalam Cuti (KDC) seperti j-QAF, LPBS-KDPM dan pertambahan bilangan kursus dan opsyen dari masa ke semasa juga seiring dengan pertambahan kemudahan dan penaiktarafan kemuahan yang sedia ada.

IPG Kampus Keningau kini mempunyai seramai 81 Pensyarah termasuk Pengarah dengan bilangan pelatih 797 orang.

Daripada jumlah itu seramai 484 pelatih penuh masa yang terbahagi kepada empat program iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPSIMP) dan Foundation TESL.

Sementara itu seramai 313 pelatih mengambil Kursus Dalam Cuti (KDC) juga terbahagi kepada empat program seperti KPLI – LPBS J-QAF, KPLI – KDC, Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) – KDC dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).

Sehingga kini, IPG Kampus Keningau telah melatih 12,000 orang guru termasuklah Kursus Dalam Cuti dan Kursus Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan.

Menurut Penny, guru-guru keluaran IPG pada hari ini bukan sahaja menjawat jawatan sebagai guru di sekolah di seluruh tanah air tetapi sebagai pegawai pendidikan di bahagian lain di kementerian, pegawai pendidikan daerah serta pensyarah IPG dan institut pendidikan awam.

Dari segi perkembangan dan pencapaian IPG Kampus Keningau yang sudah mencapai usia 25 tahun yang kini diterajui oleh Penny Lim sebagai Pengarah dan dibantu oleh Baharom bin Mohamad Noor sebagai Timbalan Pengarah dengan 80 pensyarah dan 83 staf sokongan.

IPG ini terus merangka pelbagai program seperti Projek Model Pensiangan – Salinatan yang wujud pada tahun 2004 atas kesedaran serta iltizam yang tinggi dalam menjana kecemerlangan pendidikan anak-anak di kawasan Pedalaman.

Kewujudan Projek Model Pensiangan – Salinatan ini adalah hasil cetusan idea daripada mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat, yang melawat Pensiangan dan Salinatan pada 29 Julai 2003.

Objektif awal projek ini ialah meningkatkan pengetahuan guru, meningkatkan kemahiran guru dalam mengendalikan pedagogi peribumi dan memupuk jati diri guru ke arah budaya kerja cemerlang.

Bertitik tolak dari Projek Model Pensiangan Salinatan ini maka kini wujudlah Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi dan Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman di IPG Kampus Keningau pada tahun ini (2010).

Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman peringkat IPG Kampus ini bertanggungjawab menyelaraskan program Pensiangan – Salinatan, Pedagogi Peribumi Pedalaman, Bahasa Dusun dan Sosiobudaya Pedalaman.

IPG Kampus Keningau yang melaksanakan sistem pengurusan berkualiti dianugerahkan sijil MS ISO 9002: 1994 pada bulan Jun 2002 dan pada bulan Jun 2004 dianugerahkan pula sijil MS ISO 9001:2000. Sehingga kini IPG ini melaksanakan sistem pengurusan berkualiti yang mematuhi standard MS ISO 2001:2008.

Selain itu, IPG ini juga telah mendapat pengiktirafan Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Projek Hari Bunga pada tahun 2000 dan pada tahun 2001 IPG ini terpilih sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan Landskap peringkat negeri Sabah.

Dari segi pengurusan kewangan, IPG Kampus Keningau juga mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Kualiti Pemgurusan Kewangan dan Perakaunan kategori IPG/Kolej matrikulasi sempena Majlis Hari Kualiti KPM 2008 dan mendapat tempat ketiga.

IPG Kampus Keningau yang dahulunya dikenali Maktab Perguruan Keningau dan diterajui oleh tujuh orang Pengetua dan Pengarah yang dirintis oleh Jikal Gabie (sekarang Tuan Haji) dan diikuti oleh Tuan Haji Adenan bin Haji Wagimin, Aminah Haji Musally (sekarang Puan Hajah), Teresa Kinajil, Aron Hj. Warso, Jame Alip dan Puan Penny Lim yang meneruskan halatuju IPG sehingga mencapai usia 25 tahun, masih berpaut dengan slogan “Bersama Menjulang Kecemerlangan”.
13th May, 2010
Source: Sabah Times

Read more...

Kompleks Pusat Asasi Sains UMS dibina di Keningau dalam RMK-10

>> Tuesday, May 11, 2010

 

10th May, 2010

KENINGAU: Kompleks Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10).

Naib Canselor UMS. Prof. Datuk Dr Kamaruzaman Hj. Ampon berkata, Kompleks Pusat Asasi Sains UMS itu akan dibangunkan sekiranya kerajaan meluluskan peruntukannya dalam RMK10.

Kamaruzaman berkata, apa- bila Pusat Asasi Sains itu wujud kelak ia mampu meningkatkan perkembangan pendidikan di daerah ini.

“Cadangan pengwujudan Kompleks Pusat Asasi Sains di daerah ini akan memberi kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada pelajar di kawasan Pedalaman yang layak mengikuti program itu” katanya kepada media pada Program Seiring Bersama Masyarakat 1 UMS 2010 di Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kg. Bayangan dekat sini kelmarin.

Program selama tiga hari itu dirasmikan oleh Pembantu Men- teri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno.

Beliau berkata, Program Asasi Sains UMS yang telah dilancarkan pada 26 April lalu telah diwujudkan dan membuat pengambilan 52 pelajar cemerlang yang terpilih untuk menjadi perintis kepada program ini.

Katanya, sebilangan daripada jumlah pelajar itu merupakan anak tempatan dari daerah Keningau.

Pengambilan pelajar bagi program itu katanya, akan ditambah dari masa dan pengambilannya memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar di kawa- san Pedalaman.

Terdahulu dalam ucapanya, Kamaruzaman berkata, sejak penubuhan UMS pada tahun 1994 sehingga kini ia telah menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, sepanjang tempoh 15 tahun UMS telah bersama dengan masyarakat di Sabah ia berterusan menjalankan program khidmat masyarakatnya, terutama kepada masyarakat di luar bandar dalam mencapai falsafah penubuhannya, iaitu untuk berbakti bagi mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Program Seiring Bersama Masyarakat 1 UMS misalnya adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada UMS mendekati masyarakat luar bandar, khasnya kepada masyara- kat tempatan di daerah Kening- au dalam menyalurkan perkembangan terkini mengenai peluang pendidikan yang tersedia di UMS,” katanya.

Kamaruzaman dalam ucapannya, yakin bahawa ramai lagi generasi muda di daerah ini berpotensi dalam mendukung agenda pembangunan negara melalui perkembangan ilmu dan penyelidikan di saluran yang tepat, iaitu di institusi pengajian tinggi seperti UMS.

Di majlis itu Naib Canselor UMS itu merasmikan Perpustakaan Mini Profesor Dr. Kamaruzaman Ampon yang diwujudkan di Kg. Bayangan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan Datuk Hj. Sairin Hj. Kar- no mengalu-alukan pengwujudan Kompleks Pusat Asasi Sa- ins UMS di daerah Keningau.

Bercakap kepada media dalam sidang media yang sama Sairin berkata, pengwujudan Kampus UMS di daerah ini me- mang sudah lama dipohon dan dinanti-nantikan oleh masyara- kat di kawasan Pedalaman.

“Kita berharap ianya akan menjadi kenyataan dalam RMK-10 kerana ia ada keperluan yang dapat menjana pendidikan di Pedalaman” kata- nya.

Beliau berkata, Ketua Men- teri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman juga telah meminta agar salah satu Kampus UMS di kawasan Pedalaman khususnya Keningau akan dipercepatkan.

Terdahulu dalam ucapannya Sairin berkata, kehadiran warga UMS di GDW Kg. Ba- yangan sesungguhnya amat bermakna kepada penduduk kampung ini kerana penduduk mendapat manfaat yang dengan penubuhan Mini Perpustakaan Profesor Dr. Kamaruzaman Ampon.

Selain itu katanya, UMS juga mendekati masyarakat di sini dan sekaligus akan membuka peluang kepada komuniti luar bandar, khususnya di Keningau men getahui pelbagai informasi mengenai UMS sebagai Universiti terunggul di Negeri Di Bawah Bayu.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Daya Wawasan Kg. Bayangan Hj. Kaipin Hj. Rosmin, Penolong Pegawai Daerah Keningau George Kandavu, Ketua Dearah Keningau OKK Amir Datuk Arif, Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Hj. Ruslan, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan UMS.



Read more...

EXMobile menjadi alat telekomunikasi yang pastinya menambat kalangan pengguna

>> Thursday, April 29, 2010


Keningau: Alat telekomunikasi mudah alih canggih yang berjenama EXMobile merupakan suatu produk Malaysia yang pastinya menjadi pilihan warga Malaysia. Dengan pilihan menarik yang agak canggih serta ciri-ciri pengisian yang berbagai fungsi serta harga yang amat berpatutan.

Rata-rata produk ini menggunakan dual sim; Antara produk yang selalu dimiliki kalangan ramai ialah; EX-W9, EX-W5 dan 9000W ianya mempunyai ciri-ciri fungsi seperti screen touch, wifi, Facebook, Yahoo, FM radio dan TV disamping alat komunikasi mudah alih yang amat nipis, setebal size candy bar.
Suatu roadshow yang akan dilangsungkan pada 30hb.April - 01hb.Mei. 2010 bertempat diperkarangan Dewan Masyarakat Keningau, sempena Menyambut Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Pastikan anda berada pada masa tersebut serta dapatkan handfon canggih antara yang terpapar dalam gambar ini. Untuk makluman yang lebih lanjut, sila hubungi Akikalawon (013-8101513).

Read more...

ARAK MEMBANJIRI DEWAN RAKYAT, KEMPEN HULU SELANGOR.

>> Wednesday, April 21, 2010

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir."Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Dalam kempen di Hulu Selangor, Zaid adalah sasaran para bloger terutama, sehinggakan calon PKR itu terpaksa mengaku sebagai peminum arak. Apa-apa pun kita lihat penghujung pilihanraya kecil di Hulu Selangor, kalau isu ini dapat menambat dihati rakyat pemilih.

Read more...

SCORE A PROGRAM AMAT MEMBANTU KEPADA PARA PELAJAR.

>> Saturday, February 6, 2010





Keningau: Score A merupakan suatu program pembelajaran melalui on line internet yang amat membantu sekali kepada para pelajar dari tahun 1 hinggalah ke Ting. 5.Disamping ianya membantu kepada para murid yang ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pepereksaan, khususnya kepada pelajar yang akan mengambil UPSR, PMR dan SPM, ianya juga membantu kepada para ibubapa dapat menjimat kos pembelajaran anak-anak mereka serta dapat memantau anak-anak mereka sama ada mereka belajar atau tidak.Kerana sistem ini akan terus menghantar sms kepada ibubapa sebaik sahaja para pelajar mengikuti sistem Score A, serta menjawab soalan-soalan mengikut tajuk mata pelajaran yang mereka pilih.
Kepada para ibubapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan program ini sila layari www.scorea.com. Untuk mendapatkan perkhidmatan program ini sila hubungi 013-8101513 (Redzwan).

Read more...

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP