BN TO NAME CANDIDATE THIS SUNDAY

>> Tuesday, October 19, 2010

19th October, 2010
 

KOTA KINABALU: Barisan Nasional will announce the candidate for the Batu Sapi by-election in Sandakan this Sunday.The Election Commission has fixed October 24 for nomination while polling is on November 4.Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said he, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and other BN leaders would meet to announce the candidate at 2pm.

Speaking to reporters after chairing a meeting with State BN component party leaders at Sri Gaya here yesterday, Musa who would be the by-election’s director of operations, said BN leaders have agreed to leave it to PBS to decide on the choice of candidate for the by-election. He added that the proposed name would then be forwarded to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as the national BN chairman for approval.

There is no indication yet as to who would be fielded. On Sunday Pairin who is also a Deputy Chief Minister, disclosed that the seat would be retained under the Chinese quota and the candidate would be from Sandakan. Meanwhile, Musa said the State BN was confident of retaining the Batu Sapi seat based on the coalition’s unblemished and long record of excellent services.
“We are also confident the people will continue to give their support, especially with their response and acceptance of the 1Malaysia concept. 

“BN leaders always go to the ground and get closer to the people, and to give their best services to them regardless of their religious and racial backgrounds,” he said.
The Chief Minister however, pointed out that BN must not be complacent and take things for granted.
Through unity and consensus among all component parties, he said, the state BN machinery would be mobilised to secure the support of the voters and ensure victory in Batu Sapi. And, Musa also said even though he and Sabah Umno leaders would be attending the party’s General Assembly in Kuala Lumpur this week, the Umno election machinery had been mobilised “and we will work with other component parties to assist PBS in the by-election”. Asked to comment on other contenders such as the Sabah Progressive Party (SAPP) which had announced it would contest in the by-election, the Chief Minister said: “It is up to them if they want to contest. What is important is that we in BN are working together in facing the by-election.”

Also present yesterday were various state BN leaders including Pairin, PBRS president Tan Sri Joseph Kurup, LDP president Datuk VK Liew, Sabah MCA chief Datuk Edward Khoo and PBS deputy president Datuk Dr Yee Moh Chai.

Sources: Sabah Times

Read more...

SULTAN SULU ‘BERISTANA’ DI RUMAH MERAH?

>> Monday, October 4, 2010

SULTAN Mohammad Aidal M.Ali-Uddin yang ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina; yang kononnya bersaudara dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini di tahan di Rumah Merah, Kimanis, Papar Sabah atas kesalahan Imigresen oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Menurut sepupunya, Siti Kanapiya Salip Tuanku @ Fatima Binti Bungawan, Sultan Mohammad Aidal telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara Kimanis sejak tiga bulan lalu atas kesalahan imigresen, namun menyifatkan penahanan sepupunya ada kaitan dengan perasaan dengki, dendam dan fitnah pihak tertentu yang turut merebut takhta Kesultanan Sulu.
“Tolonglah bebaskan dia dan kami akan bawa dia pulang ke Filipina. Dia sudah lumpuh sebelah badan kena stroke. Kesian dia tidak boleh bergerak sendiri. Dia tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa. Tolonglah,” kata Fatimah yang memberi jaminan akan menghantar Mohammad Aidal sehingga ke Filipina.

Menurut Fatimah, isteri Mohammad Aidal, Hajjah Fatima Jahra Ali-Uddin tinggal bersamanya setelah memperbaharui pas lawatan baru-baru ini turut merayu ehsan Sultan Brunei yang mengaku bersaudara dengan suaminya, namun tidak mendapat sebarang respon positif.

Editor Sabahkini.net turut menghantar SMS dan email kepada Pengarah Task Force, Datuk Misri Barham berhubung isu berkenaan, namun tidak mendapat sebarang jawapan atau ulasan.
Dalam pada itu, menurut siasatan Sabahkini.net, Sultan Mohammad Aidal dikategorikan ramai pewaris sebagai Sultan Palsu kerana beliau hanyalah anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila.

Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an.
Beliau (Aidal) yang ketika itu tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasan bagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini.

Pada tahun 1980-an, Datu Aliuddin telah menuntut haknya sebagai pewaris kesultanan Sulu dan telah menghantar Pulau Janggi (Sepong Janggi), Cop Mohor dan bukti-bukti lain ke Muzium Negara Brunei.
Perjuangan beliau ini telah heboh satu Malaysia kerana dengan rasa bangga teringin menuntut hak itu dengan menunjukkan Pulau Janggih yang kononnya dihantar ke Muzium Brunei. Akan tetapi Pulau Jangginya itu bukanlah yang asal kerana bentuknya yang ganjil dan tidak menyerupai Pulau Janggi yang asli (bentuknya seperti buah jambu batu).

Hari demi hari dia terus rakyat Sulu dan Rakyat Malaysia dengan menjual ‘Kad Pengenalan Projek’ dengan harga yang tinggi semata-mata untuk kepentingan beliau sendiri hingga mencemarkan nama baik Kesultanan Sulu.
Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapuk Datu Aidal.

Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau terbongkar apabila seorang penduduk (namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.
Namun menurut Asreemoro, orang yang menghantar Barang Pusaka ke Muzium Brunei bukanlah Sultan Mohammad Aidal sebaliknya Datu Aliuddin Bin Datu Mohammad Sie/She.

Datu Aliuddin telah menghantar ‘Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu’, iaitu ‘Pulau Janggi’ Atau ‘Sepoh/Sepong Janggi’ ke Muzium Brunei pada tahun 1978 untuk disimpan dengan selamat di Brunei. Barang tersebut juga telah diuji dan telah disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei pada tahun 1978.
Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu itu adalah satu-satunya ‘TANDA’ yang membuktikan bahawa Darah Waris Kesultanan Sulu (*Mulai dari Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I) adalah berasal dari darah Diraja Kesultanan Brunei (Sultan Mohammad Hassan, Sultan Brunei ke-9).
Barang Pusaka ini telah turun temurun diamanahkan dijaga dan disimpan oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja (*Bukannya oleh Keluarga Kiram ataupun oleh Keluarga Shakiraullah-Pewaris Pertama), dengan matlamat sebagai ‘BUKTI’ yang Pewaris Kedua mempunyai HAK yang sama dalam Kesultanan Sulu.

Kata Asree, Perlu diingat bahawa Kesultanan Sulu dipunyai oleh ‘Dua Pewaris’ (*Pewaris Pertama-Lambang Keris dan Pewaris Kedua-Lambang Tombak/Bujjak dalam Bendera Kesultanan Sulu).
Ini bermakna, sekiranyapun pewaris pertama telah ‘Menandatangani’ sebarang Perjanjian penyerahan Kuasa atau Wilayah Kesultanan Sulu pada masa lalu, ianya masih boleh dianggap ‘Tidak Sah’, kerana satu pemiliknya (Pewaris Kedua) tidak terlibat menandatangani (Initial) penyerahan tersebut.
Inilah niat para Sultan-sultan Kesultanan Sulu, agar pada masa hadapan Kesultanan Sulu tidak akan ‘Hilang’ Di Dunia.
Menurut kajian daripada Internet, Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu ‘Lambang Pusaka’, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai ‘Pulau Janggi’ dan di Brunei sebagai ‘Sepong/Sepoh Janggi’.

Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu/Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah. Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs and Successors).
Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada ‘Pewaris Pertama’. Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Brunei telah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya ‘Pewaris Kedua’ sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.

Perkataan Pewaris Raja Kedua (The second heir-apparent) iaitu panggilan Maharaja Adinda atau Arinda ini ada disebut oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslims in the Philippines mukasurat 393 dan dalam buku terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka ‘Islam di Filipina’ oleh Shamsuddin Jaafar, pada mukasurat 486. Perkataan ‘Maharajah Adinda’ tersebut juga ada ditulis oleh Pehin Dato' Dr. Mohd. Jamil Al-Sufri (Pengarah Pusat Sejarah Brunei) dalam bukunya Tarsilah Brunei II, iaitu pada lampiran 251, dan dalam buku ‘Ang Philipinas’ -ARMM Edisyon, pada mukasurat 37. Selain itu, penulis Rita Turban dari Filipina juga ada menulis artikel tentang kewujudan keluarga Maharajah Adinda ini.

Kewujudan dua waris Kesultanan Sulu ini juga ada dilambangkan di dalam bendera Kesultanan Sulu. Pewaris Pertama dilambangkan dengan lambang Keris Lurus. Dan Pewaris Kedua dilambangkan dengan lambang Tombak atau Bujak. Kedua waris-waris ini adalah zuriat dari Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat @ Pangeran Bakhtiar ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I, yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732.

Putera Sultan Badaruddin-I yang sulung, (iaitu dari isteri pertamanya seorang gadis dari Soopeng @ Soppeng, Sulawesi), telah diberi nama Datu Lagasan. Setelah menaiki takhta Kesultanan Sulu, baginda menggunakan nama Sultan Azimuddin atau Sultan Alimuddin-I. Namun selepas Pembaptisan baginda oleh padri-padri Spanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo).

Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin /Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama kristian. Putera Sultan Badaruddin-I yang kedua, iaitu dari isteri keduanya (adalah merupakan seorang puteri dari Raja puak Tidung atau Tirun di Borneo), diberi nama sebagai Datu Bantilan. Semasa kekandanya Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I menjadi Sultan, beliau dilantik sebagai raja muda dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.

Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya Raja Muda Datu Bantilan. Dengan sokongan beberapa rakyat Sulu serta orang-orang yang setia kepada Raja Muda Datu Bantilan, mereka telah pergi bertemu Sultan Azimuddin-I. Dalam perbalahan itu, Raja Muda Datu Bantilan telah melontarkan tombak dan telah terkena kaki kekandanya Sultan Azimuddin-I (yang melontar ialah hulubalang Raja Muda Datu Bantilan dan ini diakui sendiri oleh Raja Muda Datu Bantilan @ Sultan Muezuddin itu kemudiannya).

Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila.
Di Manila, baginda dan rombongannya diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Spanyol dan para Jesuit Kristian. Mungkin baginda tidak menyedari bahawa kebaikan yang diberikan oleh pihak Spanyol kepadanya adalah sebagai satu muslihat. Dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Sulu, maka mereka bolehlah menyebarkan doktrin agama Kristian terhadap rakyat Sulu.
Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Di masa zaman pemerintahan Sultan Bantilan Muizzuddin inilah sistem pemerintahan Kesultanan Sulu agak lebih teratur dengan ketersusunan para kabinetnya dengan jawatan yang mereka sandang.
Mengikut rekod, Sultan Bantilan ini pernah melawat ke negara China untuk berjumpa dengan Maharajah China dan baginda adalah satu-satunya Sultan Sulu yang menghadiahkan secupak tanah dari Sulu sebagai kenangan dari kerajaan Kesultanan Sulu untuk Kerajaan Kayangan China.
Selepas pemerintahan Sultan Bantilan, takhta kesultanan Sulu diberikan kepada anandanya yang kemudian bergelar Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II. Baginda memerintah dari tahun 1763 sehingga 1764 buat kali pertama. Selepas itu takhta diberikan kepada Sultan Israil ibni Sultan Azimuddin-I, yang memerintah dari tahun 1764 sehingga 1768. Pada tahun 1768 hingga 1789 Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II menaiki takhta Kesultanan Sulu semula untuk kali ke-2.

Pada zaman pemerintahan Sultan Azimuddin-III ibni Sultan Sharafuddin, putera Sultan Azimuddin-II yang bernama Datu Bantilan (seperti nama datuknya) telah dilantik menjadi Raja Muda Sulu dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan. Selepas Sultan Azimuddin-III menduduki takhta Kesultanan Sulu selama 40 hari, baginda telah mangkat kerana tularan wabak penyakit cacar yang begitu menular pada masa itu. Ketika itu ramai datu-datu Sulu telah melarikan diri dari Sulu untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit tersebut. Khabarnya Raja Muda Datu Bantilan turut melarikan diri ke wilayah Borneo Utara (Sabah).

Setelah wabak reda, Raja Muda Bantilan kembali semula ke Sulu untuk menduduki takhta tersebut kerana beliau adalah Raja Muda sebelum itu. Malangnya takhta Sulu telah diduduki oleh saudara kepada Sultan Azimuddin-III yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Aliuddin. Inilah penyelewengan pertama oleh keluarga pewaris pertama ke atas sistem Protokol Diraja atau ‘Tartib Kesultanan Sulu’.

Raja Muda Datu Bantilan cuba berusaha untuk merampas kembali takhta Sulu yang sepatutnya milik beliau. Maka pada tahun 1808, beliau bersama dengan 500 orang pengikutnya telah menyerang istana Sultan Aliuddin. Tetapi, beliau tidak berjaya kerana Sultan Aliuddin mempunyai sokongan yang kuat pada masa itu.

Sebelum kemangkatan Raja Muda Datu Bantilan pada tahun 1812, beliau telah mengamanahkan kepada putera sulungnya Datu Aranan atau Adanan untuk mengambil kembali takhta Kesultanan Sulu yang sepatutnya milik Pewaris Kedua.

Dalam usaha beliau menuntut kembali takhta Sulu, Datu Aranan telah mendapat sokongan dari pihak British pada 1814, kerana beliau telah dianggap sultan oleh pihak British ketika itu. Sir John Hunt adalah merupakan seorang ejen British yang sering berurusan dengan Datu Aranan. Namun hanya selepas pemerintahan Sultan Pulalun ibni Sultan Jamalul Kiram-I iaitu pada tahun 1862, barulah takhta Kesultanan Sulu diberikan secara mutlak kepada Datu Aranan.

Baginda kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Maharajah Arinda/Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo. Malangnya kerana umur yang lanjut, selepas seminggu sahaja di atas takhta, baginda kemudiannya memberikan takhta Kesultanan Sulu kepada putera Sultan Pulalun yang bernama Datu Jamalul-A’zam @ A'lam.

Lantaran tempoh masa menduduki takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini adalah singkat dan tidak memenuhi protokol/Tartib (iaitu seorang Sultan Sulu sekurang-kurangnya menduduki takhta selama 40 hari, sepertimana Sultan Azimuddin-III pada tahun 1808), sebab itu nama baginda tidak disenaraikan di dalam ‘Salasilah Sulu’.

Di masa perletakan takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini, takhta Sulu menjadi rebutan antara Datu Jamalul A’zam @ A'lam dan Datu Daniel (Ahli kabinet Majlis Diraja Sulu yang berjawatan sebagai Datu Amir Bahar).

Namun, di atas kuasa dan pengaruh dan sokongan Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo pada masa itu, akhirnya takhta telah dapat diberikan kepada Datu Jamalul A’zam @ A'lam, yang menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan menggelarkan diri sebagai Sultan Jamalul A’zam @ A'lam.
Tidak beberapa lama setelah menyerahkan takhta Kesultanan Sulu kepada Sultan Jamalul A’zam @ A'lam, Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini telah berhijrah ke Pulau Siasi dan menetap di sana.

Sehingga kini, makam baginda masih boleh dilihat bersama dengan makam kerabat-kerabat Keluarga Diraja Maharajah Adinda yang lain, di satu kawasan pemakaman yang dipanggil kawasan Pemakaman Keluarga Maharajah Adinda di Tanjung Siasi. Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini telah melahirkan beberapa orang putera dan puteri dari isteri pertama dan isteri ketiga baginda. Zuriat keturunan baginda ini telah beranak-pinak dan telah menetap di seluruh kawasan di Sabah dan di wilayah Sulu.

Dari fakta dan kenyataan-kenyataan di atas, telah dapat dibuktikan bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu iaitu Keluarga Maharajah Adinda sememangnya wujud dan mempunyai hak ke atas Kesultanan Sulu sepertimana hak yang ada kepada Pewaris Pertama Kesultanan Sulu. Maka hak keturunan keluarga Maharajah Adinda tidaklah boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Dengan keterlucutan hak Pewaris Pertama Kesultanan Sulu samada pada masa Pembaptisan Sultan Azimuddin/ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin pada tahun 1750, atau samada semasa pihak keluarga Kiram menandatangai Perjanjian Kiram-Bates Treaty pada 1899 dan Perjanjian Carpenter tahun 1915 ataupun semasa selepas kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936, iaitu dengan pengisytiharan oleh Presiden Manuel L.Quezon dalam Memorendum 20 hb September 1937, bahawa beliau tidak akan mengiktiraf lagi mana-mana Penyambung kepada Sultan Jamalul-Kiram-II. (perkara ini hanyalah melibatkan keluarga Pewaris Pertama. Keluarga Pewaris Kedua adalah tidak terlibat).

Bolehlah dikatakan mereka telah kehilangan hak ke atas Kesultanan Sulu, kini hanya boleh diselamatkan atau dituntut kembali oleh Pewaris Kedua iaitu oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja seperti mana yang dimaksudkan dalam Protokol Kesultanan Sulu (Tartib Sulu) itu.

Presiden Manuel L. Quezon, Presiden Filipina yang mengisytiharkan tamatnya waris kesultanan sulu bagi keluarga Sultan Jamalul Kiram-II Ramai orang mengatakan bahawa untuk membuktikan mereka (Waris Kesultanan Sulu) adalah benar ialah dengan melihat samada mereka membawa ‘Keris dan Sarungnya’. Kalau ada maka merekalah ‘Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu’ yang digelar ‘Waris Raja Kedua’ itu.

Persoalannya, adakah dengan hanya menunjukkan Keris dan Sarung itu sahaja yang boleh membuktikan bahawa itulah pewaris sebenar Sultan Sulu yang dicari itu? Cerita tentang keris dan sarungnya tidaklah berapa tersebar di kalangan orang-orang Tausug di Sulu.
Akan tetapi cerita tentang Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang menjadi lambang ‘Bukti’ persaudaraan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei adalah yang lebih diketahui. Kebanyakan kaum tua orang Sulu percaya (yang tahu) bahawa, sesiapa yang memiliki Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang asli itu, maka dialah Pewaris Sebenar Sultan Sulu yang dicari selama ini.

Dikhabarkan juga, bekas Presiden Filipina (Presiden Ramos) juga ada menyatakan bahawa Keluarga Diraja Sulu yang ada menyimpan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itulah Waris Sebenar Sultan Sulu.
Maka sejak itu, ramailah orang yang menyatakan mereka mempunyai Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu seperti yang didakwa oleh Sultan Aidal M.Aliuddin dan lain-lain (penyamar Sultan).

Perlu dimaklumi bahawa Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang sebenar itu sebenarnya telah dihantar ke Brunei oleh ayahanda kepada YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II, iaitu YM Datu Aliuddin Haddis Pabila Bin YM Datu Mohammad Sheikh/Seh/Sie ke Muzium Brunei pada 1978.  Barang itu telah melalui Ujian oleh 9 orang Pegawai Muzium Brunei dan seorang warga British. Ujian tersebut telah mengesahkan bahawa Pulau Janggi itu adalah ‘Asli’.

Kesemua pegawai itu khabarnya telah tunduk hormat dan mencium tangan YM Datu Aliuddin dengan menyatakan bahawa Datu Aliuddin itu adalah ‘Waris Sebenar Sultan Sulu’. Kemudian pihak Muzium Brunei telah mengeluarkan satu Surat Pengesahan tanda penerimaan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi tersebut. Hingga hari ini surat pengesahan tersebut masih berada dalam simpanan Keluarga Maharajah Adinda.
Sebenarnya orang yang membawa YM Datu Aliuddin Haddis Pabila masuk ke Brunei pada 1978 adalah Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri. Malangnya selepas menghantar Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu ke Muzium Brunei, YM Datu Aliuddin terus sahaja balik ke Kota Kinabalu.

Sebenarnya Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri meminta Datu Aliuddin menunggu beliau sebelum itu kerana ada sedikit urusan. Sejak tahun 1978, YM Datu Aliuddin terus menyepi di Kota Kinabalu.
Setelah tahun 2000, atas arahan dan nasihat anakandanya YM Datu Ali Aman, satu rombongan keluarga Maharaja Adinda telah bertandang ke Brunei dan sempat melawat ke Muzium Brunei (dibenarkan melihat kembali, Pulau Janggi itu oleh pihak Pengarah Muzium Brunei. Gambar ada diambil dalam Pejabat Pengarah Muzium Brunei sebagai Bukti) dan ke Pejabat Sultan Brunei (Grand Chemrlain).

Tetapi malangnya tidak dapat bertemu atau mengadap Sultan Hassanal Bolkiah, kerana pada masa itu Baginda dan keluarga dikatakan bercuti di London. Maka rombongan itu ke Pusat Sejarah Brunei (bertemu dengan Pehin Prof. Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri).  Pehin menyatakan bahawa Keluarga Maharaja Adinda perlu meneruskan tuntutan hak ke atas takhta Kesultanan Sulu, kerana hak itu adalah milik Keluarga Maharaja Adinda. Pehin juga meminta Datu Aliuddin agar tidak susah hati. Dengan nada jelas Pehin menegaskan; "Sekiranya tiada Datu Aliuddin ini, maka tiadalah lagi Sultan Sulu kini".

Dengan ramainya orang Sulu yang membuat-buat seakan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu yang dibawa ke Manila dan diperlihatkan kepada Presiden Ramos, akhirnya Presiden Ramos membuat kenyataan lagi bahawa pewaris sebenar dan Keluarga Diraja itu ada juga menyimpan satu barang yang tidak dapat dibuat. Maka tahukah anda, apakah benda yang tidak boleh dibuat itu?

Benda itu adalah ‘Tanduk Datu Teteng @ Datu Tating’. Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating adalah merupakan seorang ’Pahlawan Sulu’ yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775.
Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu putih (batu granit) yang telah tumbuh diubun-ubun beliau semenjak kanak-kanak lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan keluarga Maharaja Adinda).

Datu Teteng ini tiada anak atau zuriat. Ibu beliau bernama Dayang Meria ibni Sultan Badaruddin-I. Ini bermakna Dayang Meria tersebut adalah saudara kandung (seibu-sebapa) kepada Sultan Bantilan Muizzuddin (Nenek-moyang Keluarga Maharajah Adinda) ibni Sultan Badaruddin-I dan Sultan Azimuddin/Alimuddin-I (Nenek-moyang Keluarga Kiram & Shakiraullah) ibni Sultan Badaruddin-I adalah saudara kandung lain Ibu.

Keluarga Datu Teteng sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Mungkin kerana itulah ‘Tanduk’ beliau telah (diamanahkan) disimpan oleh Keluarga Maharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk ingin melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharajah Adinda yang berada di Semporna).

Dalam pada itu, Sabahkini.net mendapati bahawa Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin yang ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi yang pertama pada hari Jumaat, 5 Mei 2000 pernah datang ke Brunei bersama 23 orang pengikutnya.

Sultan Mohammad Aidal bersama isterinya, Dayang Dayang Haja Fatima Jahra Ali-Uddin ingin mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Namun mereka tidak dapat menemui Sultan Hassanal Bolkiah sekalipun baginda berada di Istana dan bagi menghilangkan kekecewaannya, mereka menginap di sebuah Hotel Terkemuka di Brunei (tidak dapat bayar bil hotel dan hanya dijelaskan keluarga Maharaja Adinda yang berniaga di Brunei) dan hanya berjaya menemui Duta Filipina di Brunei dan Menteri Luar Negeri ketika ketibaan mereka pada 23 Ogos 2000.

Menurut maklumat, Sultan Mohammad Aidal berkata, bapanya, Datu Wahiddon Aliuddin, Waris Diraja Dungon memberikuasa kepada beliau untuk memiliki lima symbol di-Raja iaitu Buah Pulau Janggih (Cocode Mere), Kitab (Dahilul Kahirat); Silver Casket (Buckle), Buckle Sultan and Persila Kasultanan (Salinan).
Turut serta dalam lawatan ke Brunei tersebut ialah Setiausaha Sulitnya, Datu Hj Dr. Abdel Hajir A. Amat; Ketua Protokol, Datu Haji Dr. Abdulmanar H. Saliddin; Ahli Sekritariat, Datu Haji Gamar A. Tiplani; Penasihat Agama dan Undang-Undang, Datu Haji Habib Abduwa Ibno; Penasihat Informasi dan Islam, Datu Haji Munap A. Saliddin; Keluarga Di-Raja, Datu Haji Mursidi H. Ludjuman dan Datu Haji Abdulmuner H. Saliddin.

Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Sekritariat ‘Rumah Bichara’ (Majlis Kesultanan Di-Raja Sulu) di Barangay Alat, Jolo, Sulu, Filipina iaitu Sharif Murakib Sharif Hassan untuk mengenalpasti status Sultan Mohammad Aidal juga tidak berjaya. Setelah kemangkatan Datu Aliuddin B. Datu Mohammad Seh pada 30 Jun 2008, maka keluarga Maharajah Adinda diketuai oleh Datu Atik Bin Datu Mohammad Seh (yang kini menetap di Semporna, Sabah), namun Sabahkini.net gagal menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan berhubung Sultan Muhammad Aidal.

Lebih mengejutkan ramai pihak mendakwa bahawa Mohammad Aidal berketurunan Bajau Simunul dan tidak mungkin beliau waris Sultan Sulu. Hanya orang Taosug sahaja yang boleh menjadi Sultan Sulu dan bukannya Bajau! Sebelum ini Sultan Mohammad Aidal mendakwa bahawa menjelang Februari 2005, Sultan Hassanal Bolkiah akan menyerahkan Sabah kepada beliau; tetapi sehingga hari ini, sejak ‘Tiga Purnama’ lalu beliau masih ditahan di Pusat Tahanan Sementara yang dikhaskan untuk Pendatang tanpa Izin?

Oleh: DATU BAKHTIYAL DATU LADJASABAH
Written by Admin
Sabahkini.
Saturday, 25 September 2010 17:49















Read more...

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP