Perjuangan Wira Murut, Datuk Sri Paduka Ontoros Antanom
>> Friday, August 31, 2012
Faktor Kebangkitan Menentang Penjajah (1909)
Sebuah buku berbentuk sejarah dengan jumlah 81 muka surat, hasil kajian dan tulisan Datuk RM.Jasni, mantan Senator atau ahli Dewan Negara (1982-1989) berasal daripada Keningau, Sabah. Beliau telah berjaya mengutip segala data dan fakta dalam menyiapkan tulisan untuk membukukan sejarah pejuangan anak watan suku kaum Murut di Pedalaman, iaitu Datuk Sri Paduka Ontoros Antanom di Rundum. Sempena dihari Kemerdekaan ini, warga Sabah khususnya generasi baru warga Murut di Pedalaman, harus mengatahui bahawa perjuangan Murut tidak kurang pentingnya dalam memperjuangkan hak-hak asasi bagi suku kaum Murut di Pedalaman ketika perjuangan kebangkitan kaum Murut mempertahankan Kemerdekaan negeri Murut daripada dicerobohi oleh Charterd Company bermula pada tahun 1909. Sebenarnya kepahlawanan dan keberanian suku kaum Murut memang sudah teruji dan harus diberi kasinambungan sehinggah ke generasi akan datang selepas melewati alaf ini.
Kepada warga ku, sesiapa yang ingin untuk mendapatkan naskah buku ini dengan harga RM15.00/senaskah, sila hubungi Akikalawon Redzwan ditalian; 014-2016135 atau email; akikalawon@yahoo.com atau pun melalui Facebook; Akikalawon Redzwan.
Read more...