Apa kah Missi politik PKR Di Batu Sapi, Disebalik Tabir....?

>> Monday, November 8, 2010

Pada pilihanraya kecil di P:185 Batu Sapi yang telah berlangsung pada 4hb. Nov. 2010, saya amat terkeliru dengan tindak-tanduk perjuangan PKR yang sebenarnya. Kerana apa yang menjadi tanda tanya kepada sebahagian masyarakat Batu Sapi ialah, PKR meletakkan calon untuk bertanding dikawasan Batu Sapi hanya semata-mata mengalahkan Calon BN atau SAPP....? Melihat kenyataan calon PKR iaitu Ansari, dengar bunyi seolah-olah beliau berpuas hati, kerana beliau berkata PKR menang di Batu Sapi.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee menerima hakikat dan kenyataan yang telah diputuskan oleh rakyat pengundi di Batu Sapi, tapi biarlah  perjalanan pilihanraya tersebut berjalan dengan bersih dan telus seperti mana yang telah ditetapkan dalam garis panduan dan undang-undang pilihanraya daripada SPR. Taktik kotor dan rasuah berleluasa. Kalau dulu rasuah akan berlaku pada waktu subuh-subuh, tapi sekarang boleh dilakukan secara terang-terang, disiang hari walaupun dihadapan anggota polis atau pun SPR. Saya perhatikan dihadapan mata saya sendiri. Para pengundi siap menyorong kereta sorong (Wheel Barrow ) baru, yang berisikan barang-barang keperluan dan makanan serta electoral roll.

Pembahagian wang untuk beli pengundi berbaris untuk menunggu giliran mendapatkan ganjaran antara RM200-RM300 seorang. Huuuuu...., hebat dan sungguh dahsat. Tetapi rakyat Batu Sapi amat berterima kasih kepada Datuk Yong Teck Lee, kerana kalau bukan beliau yang bertanding dikawasan situ, tak mungkin Batu Sapi dilimpahi Durian Runtuh. Kerana saya percaya dari awal-awal hari pertama semasa penamaan calon pun sudah diketahui betapa hebatnya jumlah penyokong Datuk Yong Teck Lee yang bakal menjuarai pilihanraya kecil di Batu Sapi.

Pada 3/11/2010 sehari sebelum pembuangan undi, satu lagi taktik kotor daripada BN, bahawa Sandakan FM telah mengumumkan di radio yang menyatakan Datuk Nahlan Damsal bekas ketua cabang PKR Batu Sapi yang kini telah keluar, dan menyokong Datuk Yong Teck Lee serta menjadi pencadang kepada pencalonan Datuk Yong Teck Lee, telah keluar semula daripada SAPP dan menyokong BN. Walhal, Datuk Nahlan pada masa itu, bersama-sama dengan Datuk Yong Teck Lee masuk kampong untuk berkempen. Maka para penyokong SAPP terkeliru serta sebahagian penceramah BN pada masa itu telah mengambil kesempatan mengatakan dalam beberapa ceramah yang mengatakan "kalau kamu tetap pengundi SAPP; pembangkang" dan memang tak mahu mengundi BN, bagi lah undi kepada PKR kerana SAPP sudah tiada penyokong karena Datuk Nahlan sudah keluar daripada SAPP dan kembali menyokong BN. Dalam masa yang singkat, para penceramah SAPP tidak mencukupi masa untuk mengulas pengumuman kotor yang telah disiarkan oleh Sandakan FM. Rakaman yang telah disiarkan seperti yang telah dinyatakan diatas semuanya ada dalam simpanan berupa video.

Tetapi tepat Presiden SAPP telah menyarankan kepada semua ahli SAPP di seluruh Sabah, bahawa "Although we loss the battle but there's a war waiting for SAPP victory". Perjuangan SAPP untuk mengembalikan kuasa autonomi Sabah belum selesai. Begitulah keluhan beliau dihadapan ratusan perwakilan dan penyokong, semasa ucapan perasmian kongress SAPP yang telah berlangsung pada 6-7hb. Nov. 2010, di Star City, Kota Kinabalu, yang telah berakhir semalam.

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP