Apa kah konsep 1Malaysia Telus untuk Sabah...?
>> Wednesday, January 5, 2011
Selepas Singapura keluar dari Malaysia, bermakna Perjanjian Malaysia 1963 terbatal dan tiada usaha untuk membuat treaty baru; bermakna sebenarnya Sabah dan Sarawak kembali ke status asal sebagai sebuah negara, tapi pemimpin-pemimpin kita yang kurang berpelajaran dulu, membiarkan kita kekal berada dalam Persekutuan Malaysia sebagai partner. Akhirnya, kita jadi tanah jajahan Malaya..
Sabah kaya raya sebenarnya, tapi semua hasil kita dibolot oleh Malaya. Fakta: 2009 Sabah sumbang RM23 billion dalam bentuk cukai pelbagai, tapi kita cuma diberi RM4 billion 2010 dan RM4.8 billion 2011. Nah! Adil? setakat Okt 2010, Sabah sudah pungut hampir RM13 billion dalam bentuk cukai pendapatan saja, hampir mencapai sasaran 2010 RM18 billion. 2010 Sabah dijangkakan menyumbang RM32 billion dalam bentuk cukai pelbagai.. tapi kita cuma di beri RM4.8 billion.. Apa kah konsep 1Malaysia benar-benar diimplementasikan...?
Belanjawan Malaysia 2011 berjumlah RM109 billion. Cuma RM9.87 billion diagih-agihkan untuk Sabah dan Sarawak. Nah! dimana letaknya pembahagian pendapatan secara adil? Haruskah kita masih tutup mata membiarkan UMNO perbodohkan rakyat Sabah..?
YAB. Datuk Musa Aman cakap, Sabah ada reserved RM3 billion, tapi dalam Belanjawan Negeri 2011 kadapatan ekor, Sabah keluarkan Bon (hutang) bernilai RM1.44 billion. Dimana itu reserved?
Sabahans kana tipu lagi...2010 Sabah dpt royalti petroleum cuma RM817.4 juta saja.
Petronas isap minyak kita 300,000 barrel sehari tapi royalti cuma RM817.4 juta saja. Heran? terang-terang menipu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan...volume sebenar minyak yang Petronas isap dari perut bumi Sabah tiada siapa yang tahu, kecuali Allah Ta 'Ala.
Saya mohon agar pucuk pimpinan peringkat Nasional melihat secara terperinci kerana dengan keadaan pentadbiran yang berterusan sebegini, akan mengakibatkan kejatuhan UMNO pada pilihanraya ke-13 kelak. Saya tidak akan mempengaruhi dikalangan para pembaca, hanya melayan keluhan dari suara hati kecil saya sendiri yang ada sesuatu yang tidak kena. Kerana YAB. Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia ada meminta pendapat dalam facebooknya; Najib Razak What improvements would you like to see for Malaysia in 2011? Participate in my new blogs. Mohon maaf seandainya isu ini menyelahi akta undang-undang negara tapi sebenarnya mohon perbaiki fakta-fakta diatas demi kebaikan kerajaan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment