NAJIB PERTAHAN P'RAYA DI MUSIM HAJI
>> Saturday, June 23, 2012
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan
pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah
dijalankan sebelum ini.
Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.
Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.
"Saya
takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam
sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.
"Musim
haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86
atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.
Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.
Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.
"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.
"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.
"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.
Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama
melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu
dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat
pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih
awal.
Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk
mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup
tempoh lima tahun mentadbir negara.
"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.
"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau
mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang
melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya
umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada
mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.
Source: Maalaysiakini.By
- Zulaikha Zulkifli
- 6:46PM Jun 22 2012
0 comments:
Post a Comment