Tiada Kaitan Blog Hina Sabah-Azizah.

>> Thursday, September 13, 2012

http://www.keadilandaily.com/pakatan-rakyat-tiada-kaitan-blog-hina-rakyat-sabah-wan-azizah/

Read more...

TARIAN SUMAZAU GOLONGAN ORANG LEMAH AKHLAK

Saya amat tertarik dengan cerita, apabila terbaca diblog yang bertajuk " Tarian Sumazau Golongan Orang Lemah Akhlak" seperti yang dikeluarkan oleh link ini; http://suarapakatanrakyat.com/?s=Sumazau+Tarian+Hina.

Agaknya menjelang PRU13 ini, kalau benar ini lah kenyataan yang mewakili PR, ianya merupakan suatu alat canggih yang paling berharga yang tidak ada bandingan nilainya. BN/UMNO tetap menjuarai dalam PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Kerana PR telah menghina suatu tarian tradisi dari kaum KDM di Sabah.

Sebagai salah seorang warga KDM beragama Islam jati di Sabah, amat terpanggil untuk memberi pendapat mengenai dengan isu ini. Saya anggap suatu fikiran yang amat sempit serta kurang beretika ilmunya. Untuk makluman kepada penulis "Suara Pakatan Rakyat", Tarian "SUMAZAU" yang hanya terdapat dibumi bawah bayu ini, sudah termaktub dalam dasar kebudayaan Kebangsaan Malaysia dan telah di iktiraf bercirikan kebudayaan suku kaum.

Tarian SUMAZAU yang juga ditarikan oleh suku kaum yang lain di Sabah, bukan sahaja ianya ditarikan semasa pemujaan semangat padi, tapi ianya juga suatu persembahan temasya yang lain seperti menyambut kedatangan pembesar negeri atau pun negara, selain daripada persembahan di majlis perkahwinan.

Oleh yang demikian, dalam suasana sinario politik pada hari ini, saya adalah seorang yang berpendirian atas pagar dalam memilih parti untuk disertai dan menyokong demi menerajui kerajaan yang baru selepas PRU13 akan datang kelak, telah memikirkan untuk berjinak-jinak dengan kepimpinan PR tapi malangnya setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh blog "Suara Pekatan Rakyat" menghina tradisi kebudayaan suku kaum KDM, hari ini saya tidak akan teragak-agak untuk menyokong kepimpinan BN/UMNO kerana kepimpinan BN/UMNO menghormati budaya rakyat negeri Sabah. Seperti kata pepatah melayu mengatakan,  "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Sebab saya takut seandainya PR akan menang dan menarajui kerajaan Malaysia, akan pupus lah sudah adat dan kebudayaan tradisional suku kaum KDM. Oleh yang demikian kepada suku kaum KDM Sabah, sebelum terlajak dan terlanjur dalam kelicikan polisi dan pentadbiran PR, marilah renung-renungkan dahulu. Kerana nilai KDM di Sabah tidak kurang pentingnya kalau dibandingkan dengan longgokan jongkong emas pada ketika ini. Apa-apa pun mungkin penulisan ini merupakan suatu provokasi untuk mengurangkan saham PKR yang kian hangat dimasa kini.

Read more...

SEMANGAT PERJUANGAN PADUKA MAT SALLEH DAN SAHAM KAUM DUSUN MENENTANG PENJAJAH

>> Tuesday, September 4, 2012


Sebuah buku yang amat bersejarah serta infomatif dan berfakta, hasil tulisan dan kajian oleh Datuk R.M Jasni yang terbaru bertajuk " SEMANGAT PERJUANGAN PADUKA MAT SALLEH DAN SAHAM KAUM DUSUN MENENTANG PENJAJAH",  mempunyai 79 muka surat,  menceritakan kisah Paduka Mat Salleh menjadi buruan Chartered Company dalam kurun yang ke-18.

Perjuangannya juga menceritakan bagaimana hebatnya Paduka Mat Salleh pertahankan pertempuran dilembah Ranau. Kemudian Paduka Mat Salleh dijemput membicarakan perundingan damai di Menggatal dan menceritakan kisah pentadbirannya serta pemerintahanya sendiri.

Buku ini juga telah menceritakan kisah pertempuranya yang hebat di Kg. Tibabar, Tambunan. Watak keperwiraanya tidak sedikit pun membawa hatinya gentar kerana berani mencabar lalu mengirim dua pucuk surat yang ditujukan kepada Tuan Fraser selaku Pegawai Daerah Keningau bertarikh 29hb. November 1899, sebelum tercetusnya pertempuran terakhir yang membawa beliau tumpas dan maut dibawah pimpinan Supt. Atkinson pada tahun 1900.

Dasar pentadbiran penjajah didunia ini,  punya satu matlamat yang sama, yakni; mereka yang menurut perintah disanjung, sementara mereka yang ingkar diselar sebagai lanun, komunis atau terlibat dalam anasir jahat. Jesteru itu.., pastinya wilayah Borneo Utara pada zaman itu, tidak terkecuali daripada menerima tempias dasar tersebut.

Kepada anda yang gemar membaca dan mengetahui sejarah-sejarah pahlawan tanah air yang menentang penjajah pada ketika itu, boleh lah menghubungi Akikalawon Redzwan untuk membeli senaskah buku ini dengan harga RM18.00, ditalian; 014-2016135 atau email; akikalawon@yahoo.com atau pun melalui Facebook; Akikalawon Redzwan.

Read more...

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP