SEMANGAT PERJUANGAN PADUKA MAT SALLEH DAN SAHAM KAUM DUSUN MENENTANG PENJAJAH
>> Tuesday, September 4, 2012
Sebuah buku yang amat bersejarah serta infomatif dan berfakta, hasil tulisan dan kajian oleh Datuk R.M Jasni yang terbaru bertajuk " SEMANGAT PERJUANGAN PADUKA MAT SALLEH DAN SAHAM KAUM DUSUN MENENTANG PENJAJAH", mempunyai 79 muka surat, menceritakan kisah Paduka Mat Salleh menjadi buruan Chartered Company dalam kurun yang ke-18.
Perjuangannya juga menceritakan bagaimana hebatnya Paduka Mat Salleh pertahankan pertempuran dilembah Ranau. Kemudian Paduka Mat Salleh dijemput membicarakan perundingan damai di Menggatal dan menceritakan kisah pentadbirannya serta pemerintahanya sendiri.
Buku ini juga telah menceritakan kisah pertempuranya yang hebat di Kg. Tibabar, Tambunan. Watak keperwiraanya tidak sedikit pun membawa hatinya gentar kerana berani mencabar lalu mengirim dua pucuk surat yang ditujukan kepada Tuan Fraser selaku Pegawai Daerah Keningau bertarikh 29hb. November 1899, sebelum tercetusnya pertempuran terakhir yang membawa beliau tumpas dan maut dibawah pimpinan Supt. Atkinson pada tahun 1900.
Dasar pentadbiran penjajah didunia ini, punya satu matlamat yang sama, yakni; mereka yang menurut perintah disanjung, sementara mereka yang ingkar diselar sebagai lanun, komunis atau terlibat dalam anasir jahat. Jesteru itu.., pastinya wilayah Borneo Utara pada zaman itu, tidak terkecuali daripada menerima tempias dasar tersebut.
Kepada anda yang gemar membaca dan mengetahui sejarah-sejarah pahlawan tanah air yang menentang penjajah pada ketika itu, boleh lah menghubungi Akikalawon Redzwan untuk membeli senaskah buku ini dengan harga RM18.00, ditalian; 014-2016135 atau email; akikalawon@yahoo.com atau pun melalui Facebook; Akikalawon Redzwan.
0 comments:
Post a Comment