DATUK RIZALMAN ABDULLAH CALON KETUA UMNO BAHAGIAN PENSIANGAN (CALON: 03)

>> Monday, October 14, 2013


         YBHG. Datuk Rizalman Abdullah. JP,akikalawon blogspot.com
Bekas Ketua Bahagian USNO SOOK (1985-1991).
Pengasas UMNO dan Bekas Ketua Bahagian UMNO Pensiangan (1992-1994).
             Ahli Parlimen Tenom (1999-2004).
     Ketua UMNO Bahagian Tenom (1995-2008)

Sebanyak 110 cawangan UMNO bahagian P.182 Pensiangan. DUN SOOK terdiri 61 cawangan sementara DUN NABAWAN terdiri 49 Cawangan, yang akan menentukan calon dinobatkan  "Ketua Umno Bahagian Pensiangan. PENGGAL 2013-2016.

Kini beliau kembali aktif dalam kesediaanya untuk bertanding semula Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, pada pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Bahagian bagi penggal 2013-2016. Calon Ketua Bahagian UMNO Pensiangan akan dipertahankan oleh Datuk Abd. Ghani Yassin. Pertandingan kali ini merupakan suatu pertandingan yang agak sengit, kerana kedua-dua pemimpin yang bertanding, punya karisma dan penyokong tersendiri. Tegas Datuk Rizalman Abdullah, semasa sessi majlis memperkenalkan calon-calon yang bertanding AJK bahagian, bertempat di Dewan Kg. Penagatan pagi tadi, yang dihadiri oleh gabungan 7 cawangan telah dibanjiri oleh para perwakilan dan ahli UMNO cawangan. Datuk Rizalman telah menerangkan mengapa beliau kembali untuk memegang tampuk kepimpinan parti UMNO diperingkat bahagian P.182 Pensiangan, setelah berehat seketika waktu. Beliau menegaskan bahawa kerana terlalu menyayangi parti UMNO maka beliau terpanggil untuk mendapatkan mandat semula daripada kalangan perwakilan. Kerana beliaulah yang bertanggung-jawab membawa UMNO masuk ke Pensiangan dengan mengharungi 1001 peristiwa pahit dan manis sehinggalah UMNO stabil serta mendidik masyarakat Pensiangan untuk mentadbir UMNO bahagian. Kemudian dengan kegigihan dan ketekunan Datuk Rizal dalam mengembangkan sayap UMNO di Pedalaman, pada tahun 1995 beliau turun ke daerah Tenom untuk menjadi pengasas UMNO Bahagian Tenom dan seterusnya menjadi calon Parlimen Tenom dan memenangi pilihanraya sebagai  Ahli Dewan Parlimen Tenom (1999-2004). Antara anak didiknya yang menyerlah pada ketika ini ialah YBHG. En. Jamawi Jaafar, dimana beliau telah menawarkan diri untok bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO diperingkat kebangsaan tetapi tewas. Suatu ketika dahulu, kala Datuk Rizalman menjadi Ketua Umno Bahagian Tenom, En. Jamawi Jaafar adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom, sehinggah pada hari ini. Kini Ketua UMNO Bahagian  Tenom telah disandang oleh Y.B. Datuk Rubin Balang, wakil rakyat DUN Kemabong.

Adalah menjadi suatu kewajipan saya, tegas Datuk Rizalman, untuk melihat dan memantau sejauh mana peristasi dan pencapaian dari segi keahlian dan kekuatan  UMNO peringkat Pensiangan selama ini. Apa yang saya lihat, ahli-ahli UMNO yang telah saya bena dahulu, semakin lama semakin retak, perpecahan berlaku dan cawangan-cawangan yang sudah sedia ditubuhkan telah dimansuhkan. Oleh yang demikian, jika sekiranya perkara ini akan berlaku berpanjangan, dimana letaknya kekuatan parti UMNO ? sedangkan UMNO merupakan satu parti yang menerajui kerajaan negara Malaysia. Maka dengan itu, saya kembali untuk bertanding semula bagi menjawat Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, seandainya saya diberi mandat semula, tegas beliau. Ternyata pada hari ini, setelah saya diterima untuk bertanding sebagai calon Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Allhamdullillah pemimpin-pemimpin masyarakat Pensiangan seperti En. Ahuar Rassam, bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pensiangan  telah meninggalkan UMNO sejak PRU13 yang lalu telah terbuka hati yang ikhlas untuk kembali menyokong UMNO bersama-sama penyokongnya dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Pensiangan En. Safiq Peter Tinggi telah membuat pengumuman secara terbuka dihadapan para perwakilan, menyokong dibawah kepimpinan YBHG. Datuk Rizalman Abdullah untuk menguatkan semula parti UMNO di Pensiangan, kerana mengimbas kembali trek rekod beliau, bukan sahaja pemimpin yang senang didampingi rakyat, tetapi berwibawa melahirkan pemimpin pelapis yang berinovatif serta berdaya maju. Ujar beliau, hari ini kita harus mempunyai suatu formula proses penyatuan ahli demi keutuhan parti, sebagai bakal persediaan dalam menentukan nasib BN menjelang menghadapi PRU14 kelak. Tegas Datuk Rizalman lagi, beliau bersedia untuk berkorban apa sahaja  demi keutuhan parti serta cintakan parti UMNO dan seterusnya memperkenalkan nombor pencalonanya adalah no. 02 = X.

Dengan missi dan vissi hala tuju politik beliau terangkan, telah mendapat sorakan yang gemuruh dari kalangan para perwakilan serta kesediaan para perwakilan untuk memberi mandat yang padu serta tidak berbelah bagi menjelang dihari persidangan bahagian PADA TANGGAL 19hb. Oktober 2013 nanti. 
.


                                                                                                                                                                        

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP