Kerajaan prihatin Sabah, Sarawak

>> Sunday, December 14, 2008


Tan Sri Muhd. Taib.

Kecilkan jurang dengan Semenanjung PORT DICKSON:
Kesediaan kerajaan memperuntukkan belanjawan besar bagi membina kemudahan dan infrastruktur di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak dalam pembentangan Bajet 2009, kelmarin membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mensejahterakan penduduk di kawasan berkenaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata walaupun sesetengah kawasan terutama di Sabah dan Sarawak didapati tidak begitu praktikal bagi membina kemudahan jalan raya, membekalkan bekalan elektrik dan air bersih kerana bilangan penduduknya tidak ramai tetapi kerajaan tetap menyediakannya bagi memastikan mereka turut menikmati kemudahan itu.

"Kementerian memberi jaminan akan memastikan peruntukan RM8.1 bilion itu digunakan sebaik mungkin terutama dalam usaha kita mengecilkan jurang kemudahan yang diterima penduduk Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Seminar Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan Pelancaran Tahun Produktiviti 2008 di Glory Beach Resort, dekat sini semalam. Dalam pembentangan Bajet 2009 kelmarin, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjadi antara kementerian yang menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM8.1 bilion, membabitkan RM3 bilion kepada Sabah, RM3.3 bilion (Sarawak) dan RM1.8 bilion (Semenanjung).

Peruntukan besar itu akan digunakan bagi menyediakan kemudahan asas terutama membina jalan raya lebih baik, membekalkan bekalan elektrik dan air bersih kepada penduduk luar bandar yang masih belum menikmati kemudahan asas itu. Sementara itu, Muhammad berkata, kerajaan di bawah kajian semula Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bersetuju supaya Risda melaksanakan program tanaman semula sawit ke sawit (TSSS) mulai 1 Januari 2009 bagi kebun sawit kurang daripada 2.5 hektar.


Petikan Berita Harian;

Oleh Hussain Said

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP