BN perlu perubahan drastik: Muhyiddin
>> Saturday, January 24, 2009
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan jika tiada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, walaupun BN merangkumi 13 parti komponen, Umno cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan segera.
“Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat Umno tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu kita.
“Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal, Tan Sri Muhyiddin, di MINES Golf and Beach Resort di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bukan saja Umno sebagai tulang belakang BN yang perlu berubah, parti komponen lain juga perlu berbuat demikian.
Beliau, yang baru kembali dari mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam rangka lawatan ke Bahrian, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), berkata walaupun negara tidak mengalami kemelesatan ekonomi namum situasi ekonomi global tidak berkembang.
“Rakyat Malaysia harus tabah menghadapi perubahan. Walaupun kita tidak menghadapi kemelesatan ekonomi namun perlu mengambil langkah meringankan impak krisis ekonomi global,” katanya.
Sementara itu, kejohanan golf amal itu berjaya mengumpul RM20,000 yang disumbangkan kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Gaza, anjuran akhbar Berita Harian. - Bernama
0 comments:
Post a Comment