Kompleks Pusat Asasi Sains UMS dibina di Keningau dalam RMK-10

>> Tuesday, May 11, 2010

 

10th May, 2010

KENINGAU: Kompleks Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal dibina di daerah ini dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10).

Naib Canselor UMS. Prof. Datuk Dr Kamaruzaman Hj. Ampon berkata, Kompleks Pusat Asasi Sains UMS itu akan dibangunkan sekiranya kerajaan meluluskan peruntukannya dalam RMK10.

Kamaruzaman berkata, apa- bila Pusat Asasi Sains itu wujud kelak ia mampu meningkatkan perkembangan pendidikan di daerah ini.

“Cadangan pengwujudan Kompleks Pusat Asasi Sains di daerah ini akan memberi kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada pelajar di kawasan Pedalaman yang layak mengikuti program itu” katanya kepada media pada Program Seiring Bersama Masyarakat 1 UMS 2010 di Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kg. Bayangan dekat sini kelmarin.

Program selama tiga hari itu dirasmikan oleh Pembantu Men- teri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno.

Beliau berkata, Program Asasi Sains UMS yang telah dilancarkan pada 26 April lalu telah diwujudkan dan membuat pengambilan 52 pelajar cemerlang yang terpilih untuk menjadi perintis kepada program ini.

Katanya, sebilangan daripada jumlah pelajar itu merupakan anak tempatan dari daerah Keningau.

Pengambilan pelajar bagi program itu katanya, akan ditambah dari masa dan pengambilannya memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar di kawa- san Pedalaman.

Terdahulu dalam ucapanya, Kamaruzaman berkata, sejak penubuhan UMS pada tahun 1994 sehingga kini ia telah menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, sepanjang tempoh 15 tahun UMS telah bersama dengan masyarakat di Sabah ia berterusan menjalankan program khidmat masyarakatnya, terutama kepada masyarakat di luar bandar dalam mencapai falsafah penubuhannya, iaitu untuk berbakti bagi mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Program Seiring Bersama Masyarakat 1 UMS misalnya adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada UMS mendekati masyarakat luar bandar, khasnya kepada masyara- kat tempatan di daerah Kening- au dalam menyalurkan perkembangan terkini mengenai peluang pendidikan yang tersedia di UMS,” katanya.

Kamaruzaman dalam ucapannya, yakin bahawa ramai lagi generasi muda di daerah ini berpotensi dalam mendukung agenda pembangunan negara melalui perkembangan ilmu dan penyelidikan di saluran yang tepat, iaitu di institusi pengajian tinggi seperti UMS.

Di majlis itu Naib Canselor UMS itu merasmikan Perpustakaan Mini Profesor Dr. Kamaruzaman Ampon yang diwujudkan di Kg. Bayangan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan Datuk Hj. Sairin Hj. Kar- no mengalu-alukan pengwujudan Kompleks Pusat Asasi Sa- ins UMS di daerah Keningau.

Bercakap kepada media dalam sidang media yang sama Sairin berkata, pengwujudan Kampus UMS di daerah ini me- mang sudah lama dipohon dan dinanti-nantikan oleh masyara- kat di kawasan Pedalaman.

“Kita berharap ianya akan menjadi kenyataan dalam RMK-10 kerana ia ada keperluan yang dapat menjana pendidikan di Pedalaman” kata- nya.

Beliau berkata, Ketua Men- teri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman juga telah meminta agar salah satu Kampus UMS di kawasan Pedalaman khususnya Keningau akan dipercepatkan.

Terdahulu dalam ucapannya Sairin berkata, kehadiran warga UMS di GDW Kg. Ba- yangan sesungguhnya amat bermakna kepada penduduk kampung ini kerana penduduk mendapat manfaat yang dengan penubuhan Mini Perpustakaan Profesor Dr. Kamaruzaman Ampon.

Selain itu katanya, UMS juga mendekati masyarakat di sini dan sekaligus akan membuka peluang kepada komuniti luar bandar, khususnya di Keningau men getahui pelbagai informasi mengenai UMS sebagai Universiti terunggul di Negeri Di Bawah Bayu.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Daya Wawasan Kg. Bayangan Hj. Kaipin Hj. Rosmin, Penolong Pegawai Daerah Keningau George Kandavu, Ketua Dearah Keningau OKK Amir Datuk Arif, Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Hj. Ruslan, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan UMS.



0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP