PUSAT WIFI DI KAWASAN PEDALAMAN SABAH PERLU DIADAKAN.

>> Friday, May 21, 2010

Aki Kalawon:

Ucapan Syabas kepada Menteri Penerangan dan Komunikasi negara, Datuk Rais Yatim, kerana telah mengilhamkan dan terus menubuhkan Wifi diseluruh desa dalam negara. Secara peribadi saya amat tertarik serta menumpang gembira meskipun projek ini telah bermula di Semenanjung Malaysia, kerana lambat laun ianya pasti sampai di Sabah khususnya; di daerah Pedalaman.

Dalam dunia ICT ini, daerah Pedalaman juga turut mengikuti perkembangan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat memenafaatnya kerana ianya memerlukan kos yang harus dibelanjakan. Tetapi dengan adanya bantuan kerajaan, tentu sekali kepada rakyat yang berpendapatan rendah dapat memenafaatkan, terutama sekali kepada anak-anak murid sekolah yang perlu mendapatkan maklumat dari segi pembelajaran serta meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Seperti contoh dalam program pembelajaran "Score A" ianya merupakan suatu program pembelajaran on line yang paling baik setekat yang ada di Malaysia, dimana latihan tubi dari tahap tahun 1 hinggah lah ke Tingkatan 5 dapat diperolehi disitu.

Sehubungan dengan itu terdapat 1,200 murid yang terlibat dengan program "Score A" di kawasan Pedalaman, khususnya; daripada daerah Keningau, Tenom, Sook, Nabawan dan Tambunan. Oleh yang demikian, wajar sekali dikawasan Pedalaman ini dapat diberi Wifi yang secepat mungkin disetiap kampung-kampung agar setiap murid-murid desa dapat menggunakan internet dalam pembangunan pendidikan dirumah, dan tidak lagi mengharapkan internet yang ada disekolah yang begitu terhad sekali untuk menggunakan nya.

5 comments:

somboi May 26, 2010 at 9:36 AM  

saya sokong denan pewujudan wifi dikawasan pedalaman. dengan kemudahan Wifi ini, ia juga memudahkan proses pembelajaran melalui internet. dengan ini masyarakt pedalaman tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan masa kini.

Anonymous May 26, 2010 at 10:30 AM  

pada masa kini penggunaan internet semakin meluas. pengwujudan pusat akses di pedalaman dapat memudahkan penduduk melayari internet.. ini dapt meningkatkan lagi sistem komunikasi antara luar bandar dan kawasan bandar. ia juga daapt meningaktan pengetahuan penduduk pedalaman mengenai ICT.

jack May 26, 2010 at 10:35 AM  

pusat wifi di daerah2 pendalaman perlu diadakan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan pedalaman...di samping itu, banyak manfaat yang boleh diperolehi seperti celik komputer dan IT, perkembangan pengetahuan, peningkatan kemahiran ICT, sumber maklumat secara 'online' dan sebagainya...diharap pusat wifi ini akan disegerakan pelaksanaannya di Sabah...

tombolo May 26, 2010 at 11:36 AM  

dengan mewujudkan pusat akses wifi, penduduk di pedalaman dapat menikmati kemudahan internet secara percuma, ia juga dapat mendedahkan penduduk mengenai penggunaan jalur lebar . dengan ini tidak akan muncul lagi masalah buta ICT dikawasan luar bandar.

tombolo May 26, 2010 at 1:47 PM  

dengan ini tidak akan muncul lagi masalah buta ICT dikawasan luar bandar.


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP