Bebas dijangka kian ramai di Sabah

>> Wednesday, September 29, 2010

Kongsi Lebih ramai calon bebas dijangka bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah kali ini. Ini ekoran kesemua 849 borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah telah habis dijual.Manakala 300 daripada 400 borang pencalonan bagi kerusi parlimen juga sudah dikeluarkan.

Bernama memetik Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sabah, Mohd Idrus Ismail berkata Beliau sebagai berkata pengeluaran borang ibarat "goreng pisang panas" itu menunjukkan petanda lebih ramai calon bebas berminat bertanding. Katanya, memandangkan SPR sudah kehabisan borang pencalonan DUN, calon yang Sabah yang berhasrat bertanding, perlu mendapatkan borang berkenaan dari ibu pejabat SPR di Putrajaya. Sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN akan dipertandingkan di Sabah kali ini.

Dalam pilihanraya umum lalu, seramai 17 calon bebas bertanding di Kerusi Parlimen, iaitu tiga calon bebas di Ranau, dua di Kudat, dua di Semporna dan masing-masing satu di Kota Merudu, Kota Belud, Merudi, Kota Belud, Penampang, Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Sandakan.

Bagi kerusi DUN pula, 69 calon bebas bertanding pada 2004, iaitu empat calon bebas masing-masing bertanding di Lahad Datu, Sulabayan dan Kemabong, masing-masing tiga calon bebas di Tanjung Kapar, Kuamut, Senalingan, Tandek, Kapayan, Kadamaian, Paginatan, Bingkor.

Di samping masing dua calon bebas bertanding Pitas, Bugaya, Merotai, Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Kuala Penyu, Tamparuli, Kuala Penyu, Liawan dan masing-masing satu calon bebas di Banggi, Kiulu, Inanam, Moyog, Bongawan, Sindumin, Kundasang, Karanaan, Tambunan, Sook, Nabawan, Sungai Sibuga, Karamunting, Elopura, Tungku, Kunak dan Usukan.

Umno Sabah Umno akan bertanding 32 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen, Parti Bersatu Sabah (PBS - 13 dan 4), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko - 6 and 4), Parti Maju Sabah (SAPP - 4 and 2), Parti Liberal Demokratik (LDP - 3 and 1), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS - 1 and 1) dan MCA (satu kerusi DUN). Pada 2004, BN, yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, hanya kalah satu kerusi parlimen (Sandakan) dan satu kerusi DUN (Kuala Penyu), kedua-duanya kepada calon Bebas.

Feb 23, 08 6:08pm
Sources Malaysiakini.

5 comments:

mantra September 30, 2010 at 11:10 AM  

nampaknya ramai calon bebas ingin bertanding dalam pilihanraya nnti, apapun, rkyat menentukan calon yang akan menang.

joey September 30, 2010 at 11:30 AM  

calon bebas juga boleh bertanding dalam PRU. apa pun segalanya terpulang kepada rakyat untuk memilih calon yang mereka rasakan layak menjadi pemimpin dikawasan mereka.

Anonymous September 30, 2010 at 1:31 PM  

calon bebas ramai nak menyertai pilihanraya, nampaknya pilihanraya nnti akan leih menarik. rkyat kena bijak dalam memilih calon mereka.

Piwieu September 30, 2010 at 2:02 PM  

Walaupun ramai yang bertanding belum tahu lagi berapa ramai rakyat yang akan meletakkan undi mereka kepada calon2 ini...

Anak Sabah October 1, 2010 at 8:40 AM  

Selamat berjuang semua.


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP