Saintis UMS terima Anugerah Saintis Terkemuka Dunia 2010

>> Thursday, September 9, 2010

9th September, 2010

KOTA KINABALU: Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Saleem Mustafa diberi penghormatan dengan anugerah antarabangsa yang melayakkan beliau diiktiraf sebagai “Saintis Terkemuka Dunia 2010”.

Dalam ucapan tahniah kepada Prof Saleem, Ketua Pengarah Pusat Biografik Antarabangsa, Cambridge (England) Prof Dr Nicholas S. Law berkata bahawa Prof Saleem merupakan antara beberapa pilihan yang telah membuat sumbangan yang cukup bermakna dalam bidang mereka bagi “menimbulkan pengaruh di peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa.”
Ketika mengalu-alukan Prof Saleem, beliau memuji bahawa “kamu merupakan seorang daripada penyumbang kepada kecemerlangan. Kamu telah, melalui usaha berterusan untuk mengekalkan satu standard yang memuaskan”.

Prof Saleem akan menerima sijil penghargaan yang membawa petikan mengenai pencapaiannya ke arah “Pemuliharaan dan pengurusan ekologi sumber marin yang mampan dalam persekitaran global yang berubah” sebagai tambahan kepada pingat perak keemasan kenang-kenangan dengan tulisan yang akan menerangkan rankingnya di kalangan ‘beberapa pilihan bagi manfaat ramai’.

Ketika diminta mengulas mengenai anugerah itu, Prof Saleem berkata, “Saya berasa amat bangga menerima anugerah ini dan sudah tentu ia merupakan pengiktirafan antarabangsa bagi saintis UMS.”
“Saya akan terus berusaha untuk melakukan yang lebih baik pada masa depan,” katanya kelamrin.
Source: New Sabah Times.

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP