SIAPA KAH "R" SELEPAS NAJIB...?

>> Thursday, October 13, 2011


Dengan Kalimah “RAHMAN” ada rahmatnya sebagai aras petunjuk pemimpin nombor satu Negara Malaysia.
R   = Tengku Abdul Rahman.
A   = Tun Abdul Razak.
H   = Tun Hussien On.
M   = Tun Mahathir Mohammad.
A   = Tun Ahmad Abdullah Badawi.
N   = Tun Najib Abdul Razak.
 Berdasarkan dengan kalimah huruf urutan RAHMAN, jelas sekali ianya suatu kalimah keramat yang amat penting dan bersejarah bagi kerajaan Malaysia. Ke-6 tokoh pemimpin Negara, sebagai Perdana Menteri Malaysia berjaya dipenuhi mengikut urutan Kalimah RAHMAN yang diakhiri oleh Tun Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang akan berakhir pada penghujung tahun 2012 atau mungkin lebih awal seperti yang dijangkakan.
Agaknya mampukah Tun Najib mempertahankan tampuk pimpinan no.1 BN dan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam pilihanraya ke-13 yang akan berlangsung pada pilihanraya akan datang…? Dalam hati kecil Aki, walaupun bajet 2012 telah dibentangkan dengan gagah dan perkasa, tetapi ianya tidak dapat menjamin 100% meyakinkan rakyat Malaysia menyokong BN dalam menentukan sinario politik dan kerajaan Malaysia. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dan Berkuasa, bisa menentukan segala-galanya seperti Allah mengatur putaran bintang, bulan, matahari dan dunia.
Pada pandangan Aki, Allah telah mengurniakan rakyat Malaysia dengan rahmat kalimah RAHMAN antara 153 buah negara didalam seluruh dunia. Kita bersyukur kepada Allah Ta’Ala, kerana sepanjang pemerintahan yang diungguli oleh ke-6 pemimpin yang masing-masingnya mempunyai wibawa yang luar biasa, menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia, dapat kita nikmati liku-liku hidup, pahit dan manisnya serta mengharungi pelbagai peristiwa; rasuah, kroni, jenayah berprofail tinggi/rendah, fitnah dan pelbagai rintangan, sehinggahlah Malaysia menjadi terkenal dipersada mata dunia.
Persoalannya sekarang, siapa kah “R” selepas Najib..? Atau pun selepas ini Najib kembali lagi…atau Anwar..? Mari kita renung-renung dan fikir-fikirkan dengan “ngomongan karut” kata bahasa Indon. Pemimpin yang berkaliber serta konsisten setekat ini banyak, tapi kita cari dan pilih pemimpin yang namanya bermula daripada huruf “R” ada hikmahnya. Mengimbau kembali zaman Tun Mahathir mula-mula dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang ke-4, Tengku Razaleigh Hamzah adalah pesaing terdekat pada ketika itu dan kini masih aktif dalam arena politik. Aki tidak pernah bersemuka dengan beliau dan pasti beliau tidak pernah mengenali Aki, tapi Nampak raut wajahnya, macam “R” itu sudah ada ditelapak tangannya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat, apa kah ngomongan karut ini menjadi kenyataan atau pun sebaliknya. Nak tahu lebih lanjut…? Tanya lah Belalang…! Jangan Tamak, bersyukur lah pada apa yang telah dicapai.

Read more...

Inspektor Rizal disyaki bunuh cintanya Kartini.

>> Tuesday, October 11, 2011

Sejak Kartini terbunuh pada 29-09-2011, sehinggah kini belum ada penyelesaian atau tertangkapnya pembunuh. Menurut bapa mangsa Borhan, akhir-akhirnya laporan beliau telah diterima oleh IPD Keningau. Bahawasanya; Menurut bapa mangsa, berita pertama daripada Metro yang bertajuk Inspektor sanggup gadai nyawa adalah suatu kenyataan yang tidak betul, kononnya Inspektor tersebut terpaksa bergelut dengan perompak, dirumah sewa kediaman simangsa.

Menurut bapa mangsa, terdapat banyak kesahihan mengenai dengan kenyataan Inspektor Rizal yang tidak masuk akal. Antaranya ialah, kalau dia menerima telefon daripada simangsa untuk mendapatkan pertolongan, kenapa dia hanya datang seorang diri, walhal kononya ada perompak sedang bergelut dengan mangsa. kalau dalam pergelutan dengan perompak, sempat kah simangsa membuat panggilan melalui handfon..? Kalau benar lah ada panggilan telefon yang menyatakan ada perompak, sebagai seorang Inspektor datang menyalamatkan mangsa, tak kan bawa pistok air saja. mana pistol, atau kenapa tidak panggil polis peronda yang bertugas pada pagi itu..? Tak paya lah mengarut dengan cerita yang tak masuk akal, yang nyata tidak ada orang ketiga dalam kes pembunuhan Kartini. Hanya selepas mangsa terbunuh baru datang 2 orang anggota polis, dimana seorang lelaki dan seorang perempuan, namun demikian kehadiran kedua-dua mereka ini pun diragui.

Inspektor Rizal mendakwa dia ditikam bertubi-tubi oleh perompak, tetapi menurut pemereksaan doktor hanya kesan luka yang dicakar sebelah belakang sahaja, disitu terdapat banyak keraguan yang timbul berdasarkan laporan Inspektor Rizal yang mendakwa kakinya patah dipukul oleh perompak tetapi keadaan yang sebenarnya tidak patah, tapi ada lah luka sedikit mungkin disuruh anggotanya yang baru datang menghembat kakinya untuk menguatkan hujah yang bohong itu.

Persoalaan seterusnya, setelah mangsa terlantar mati, kenapa ta panggil bahagian anggota forensik untuk menjalankan penyiasatan dan pemereksaan..? Seolah-olah ta tau undang-undang pula, lalu Inspektor Rizal mengarah 2 anggota polis untuk terus mengangkat mangsa ke hospital Keningau. Dalam laporan Inspektor Rizal, berlaku pergelutan antara perompak dengan si mangsa lalu menikam bertubi-tubi, tapi yang peliknya terdapat dua tikaman menyebabkan mangsa maut tetapi baju simangsa tidak ada percikaan darah atau pun kesan bajunya yang bocor bekas pisau.Si mangsa berpakaian yang bersih serta dalam keadaan bersikat kemas.

Sepandai-pandai tupai melompat, agaknya akhir-akhir pasti jatuh ketanah juga, kerana terdapat cebisan kulit dan bulu tersisip dikuku mangsa, dengan adanya  bukti tersebut, mungkin kah bekas cakaran sebelah belakang Inspektor Rizal itu adalah cakaran simangsa, kerana disyaki Inspektor Rizal cuba merogol tetapi mungkin ditolak kerana pada masa itu Inspektor dalam keadaan mabuk. Sama-sama kita saksikan cerita telemovie Hindustan yang ada di Keningau ini.

Read more...

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP