SIAPA KAH "R" SELEPAS NAJIB...?

>> Thursday, October 13, 2011


Dengan Kalimah “RAHMAN” ada rahmatnya sebagai aras petunjuk pemimpin nombor satu Negara Malaysia.
R   = Tengku Abdul Rahman.
A   = Tun Abdul Razak.
H   = Tun Hussien On.
M   = Tun Mahathir Mohammad.
A   = Tun Ahmad Abdullah Badawi.
N   = Tun Najib Abdul Razak.
 Berdasarkan dengan kalimah huruf urutan RAHMAN, jelas sekali ianya suatu kalimah keramat yang amat penting dan bersejarah bagi kerajaan Malaysia. Ke-6 tokoh pemimpin Negara, sebagai Perdana Menteri Malaysia berjaya dipenuhi mengikut urutan Kalimah RAHMAN yang diakhiri oleh Tun Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang akan berakhir pada penghujung tahun 2012 atau mungkin lebih awal seperti yang dijangkakan.
Agaknya mampukah Tun Najib mempertahankan tampuk pimpinan no.1 BN dan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam pilihanraya ke-13 yang akan berlangsung pada pilihanraya akan datang…? Dalam hati kecil Aki, walaupun bajet 2012 telah dibentangkan dengan gagah dan perkasa, tetapi ianya tidak dapat menjamin 100% meyakinkan rakyat Malaysia menyokong BN dalam menentukan sinario politik dan kerajaan Malaysia. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dan Berkuasa, bisa menentukan segala-galanya seperti Allah mengatur putaran bintang, bulan, matahari dan dunia.
Pada pandangan Aki, Allah telah mengurniakan rakyat Malaysia dengan rahmat kalimah RAHMAN antara 153 buah negara didalam seluruh dunia. Kita bersyukur kepada Allah Ta’Ala, kerana sepanjang pemerintahan yang diungguli oleh ke-6 pemimpin yang masing-masingnya mempunyai wibawa yang luar biasa, menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia, dapat kita nikmati liku-liku hidup, pahit dan manisnya serta mengharungi pelbagai peristiwa; rasuah, kroni, jenayah berprofail tinggi/rendah, fitnah dan pelbagai rintangan, sehinggahlah Malaysia menjadi terkenal dipersada mata dunia.
Persoalannya sekarang, siapa kah “R” selepas Najib..? Atau pun selepas ini Najib kembali lagi…atau Anwar..? Mari kita renung-renung dan fikir-fikirkan dengan “ngomongan karut” kata bahasa Indon. Pemimpin yang berkaliber serta konsisten setekat ini banyak, tapi kita cari dan pilih pemimpin yang namanya bermula daripada huruf “R” ada hikmahnya. Mengimbau kembali zaman Tun Mahathir mula-mula dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang ke-4, Tengku Razaleigh Hamzah adalah pesaing terdekat pada ketika itu dan kini masih aktif dalam arena politik. Aki tidak pernah bersemuka dengan beliau dan pasti beliau tidak pernah mengenali Aki, tapi Nampak raut wajahnya, macam “R” itu sudah ada ditelapak tangannya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat, apa kah ngomongan karut ini menjadi kenyataan atau pun sebaliknya. Nak tahu lebih lanjut…? Tanya lah Belalang…! Jangan Tamak, bersyukur lah pada apa yang telah dicapai.

0 comments:


My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP