Ada usaha hidupkan kembali gerakan militan di Sabah - KPN

>> Friday, November 18, 2011

17/11/2011 5:50pm


KUALA LUMPUR  - Polis mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

"Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lepas, polis melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, kesemua mereka kini ditahan di Sabah di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960. - Bernama
Sources: Malaysia On Line.
17 Nov 2011.

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP