Memartabat karya pelbagai kaum

>> Tuesday, January 15, 2013



Pengarah Simposium Penulis Pelbagai Kaum 2012, Zainal Abidin Suhaili menyampaikan cenderamata kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau (empat dari kiri) di Miri baru-baru ini. Kelihatan berdiri daripada kanan; En. Ramli Jusoh (Sabah), diikuti dengan Datuk R.M Jasni (Sabah).

MIRI 14 Jan. - Sejak beberapa dekad lalu, negeri ini melahirkan ramai penulis berbakat besar daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Bisaya dan Orang Ulu.

Bagi mempertemukan semua penulis pelbagai keturunan yang menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa etnik lain itu, Simposium Penulis Pelbagai Kaum (SPPK) 2012 diadakan di bandar raya ini baru-baru ini.

Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera) sekali lagi diberi hak menganjurkan SPPK 2012 yang menghimpunkan 100 penulis dan aktivis sastera tanah air dari negeri ini, Sabah, Labuan dan Kuala Lumpur.
...

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130115/wb_01/Memartabat-karya-pelbagai-kaum#ixzz2I5WTuMGc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Read more...

Insentif galak bumiputera sertai industri burung walet

>> Monday, January 14, 2013



KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melaksanakan pelbagai insentif bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan bumiputera dalam industri sarang burung walet.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, pengusaha sarang burung walet yang layak boleh memohon insentif sebanyak RM10,000 menerusi program Azam Tani dan sebanyak RM30,000 melalui program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Jelas beliau, kementerian turut menyediakan khidmat nasihat dan latihan teknikal dalam pembangunan premis dan amalan ladang baik.

“Pengusaha juga digalakkan menyertai program usahasama penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertujuan meningkatkan pengeluaran dan kualiti serta produk sarang burung walet," katanya menjawab soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau memberitahu, setakat ini, kira-kira 20 peratus daripada 50,000 premis sarang burung walet yang diusahakan di negara ini dikendalikan oleh usahawan bumiputera.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud tentang langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi kesan perubahan cuaca ke atas pengeluaran hasil pertanian, kata Mohd. Johari, salah satu inisiatif kementerian adalah menghasilkan pelbagai tanaman dengan tempoh matang singkat dan mempunyai daya tahan terhadap kemarau.
“Perkhidmatan veterinar turut dipertingkatkan dan penyakit ternakan dipantau semasa musim panas selain memastikan makanan ternakan sentiasa tersedia menerusi pemuliharaan foder," ujarnya.

Menurut beliau, langkah-langkah lain yang dilaksanakan termasuk meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan air dan bahan organik, pengurusan pengairan yang lebih cekap dan amalan pertanian baik.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Read more...

Penulis pelbagai kaum dalam sastera


Penulis pelbagai kaum dalam sastera


Ahli panel terdiri daripada Jasni Matlani (kiri) Sabah, Wisnu Pamungkas, Jaya Ramba (Pengerusi), Abizai, Haji Firdaus Haji Nordin, Hasyuda Abadi dan Abang Haliman Abang Julai.

MIRI sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Simposium Penulis Pelbagai Kaum (SPPK) 2012. Acara yang berlangsung pada 21 hingga 22 Disember lalu itu disertai oleh sasterawan, budayawan, penulis serta pencinta sastera dan budaya dari Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia. Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) diberi kepercayaan menjadi penganjur bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Pustaka Miri.

SPPK pertama telah diadakan pada tahun 1998 di Miri kemudian di beberapa tempat lain termasuk Kota Kinabalu dan Kuching. Simposium ini bertujuan mempertemukan penulis daripada pelbagai kaum yang menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa etnik lain serta membincangkan karya-karya mereka pada era modenisasi yang penuh cabaran.
Selain itu untuk merangsang penglibatan generasi muda dalam kegiatan sastera sebagai wacana ilmu dan memperkasakan kesusasteraan kebangsaan adalah tanggungjawab semua kaum.

Malam Sulaman Perpaduan, malam perasmian SPPK 2012 yang diadakan di Hotel Imperial, Miri pada 21 Disember 2012 telah disempurnakan oleh Dennis Ngau Jok, ADUN Telang Usan, Sarawak.

Deklamasi dan nyanyian lagu puisi turut diselitkan untuk memeriahkan malam perasmian tersebut. Simposium ini membentangkan tujuh kertas kerja termasuk ucap utama oleh pemakalah dari Sarawak, DBP, Gapena dan Brunei. Pelbagai tema diketengahkan untuk dikongsi dengan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Setiausaha Satu Gapena, Borhan Md. Zain dalam kertas kerjanya membentangkan tentang kesusasteraan kebangsaan yang berhubung kait dengan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Pautan antara kedua-dua ini tidak akan terpisah kerana kesusasteraan adalah pancaran sesuatu bahasa.

Tanpa mengira asal-usul etnik atau kaum, apabila menulis tentang kesusasteraan kebangsaan sudah semestinya karya tersebut dalam bahasa Melayu. Ini kerana kecenderungan dan pemikiran setiap penulis kesusasteraan kebangsaan tertumpu kepada penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa etnik sendiri digalakkan untuk menambah seri kesusasteraan kebangsaan.

Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya 80 bahasa yang dituturkan oleh pelbagai etnik menjadikan Malaysia satu masyarakat linguistik yang kompleks. Tidak kira apa bangsa dan bahasa yang dituturkan, bahasa Melayu yang diangkat menjadi bahasa kebangsaan digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.

Mengenai penulis pelbagai kaum, pertambahan jumlah penulis berbakat dari etnik lain di Malaysia memberi sinaran serta memeriahkan landasan perjalanan kesusasteraan kebangsaan. Ini perkembangan yang amat menggalakkan dalam dunia kesusasteraan.

Penulis pelbagai kaum di Sarawak seperti kaum Melayu, Melanau, Iban/Dayak, Bisaya, Orang Ulu, Cina dan lain-lain ramai yang telah berjaya menapakkan diri dalam arena kepengarangan sehingga ke peringkat nasional malah ke peringkat global. PUTERA sendiri misalnya mempunyai penulis hebat seperti Zainal Abidin Hj Suhaili (Abizai) dan Abang Median Abang Said dari kaum Melayu, Poul Nanggang dari kaum Bisaya, Jaya Ramba dari kaum Iban, David Belulok dari kaum Kiput, Jasni Matlani (Sabah), serta banyak lagi penulis-penulis yang lain.

Mereka adalah beberapa penulis yang terlibat dalam kesusasteraan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa etnik sendiri. Mereka juga pernah memenangi anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Hadiah Sastera Penulis Sarawak (HSPS) di samping memenangi beberapa pertandingan lain.

Menurut Abang Patdeli Abang Muhi, dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan, generasi baharu Sarawak sudah semakin fasih dan bijak menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi dan karya kreatif.

Sarawak sebenarnya tidak ketandusan penulis yang lahir daripada pelbagai etnik. Setiap detik ada sahaja bakat baharu yang muncul dalam arena kesusasteraan kebangsaan. Apa yang perlu dilakukan adalah mengilap bakat serta mempertajamkan pemikiran agar bakat dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Disebabkan keanekaragaman etnik yang terdapat di negara ini, penulis Sarawak sering memilih tema yang berlatarkan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. Kecenderungan menulis tentang adat budaya sesuatu etnik nampak jelas dalam setiap karya yang dihasilkan. Dari itu sebelum memulakan langkah penulisan tentang sesuatu etnik, haruslah diselidiki atau dipelajari dahulu adat resam, kebudayaan atau apa sahaja yang bersangkut paut dengannya.

Ini untuk menghindari salah faham atau penentangan yang mungkin wujud terhadap karya yang dihasilkan. Untuk menjadi penulis yang berkualiti, sikap ambil tahu harus ditanam dalam jiwa.

Menurut Ja'afar Haji Hamdan pula, budaya dan sastera merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza; namun mempunyai pertautan yang amat rapat serta saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budaya wujud dengan penglibatan masyarakatnya manakala sastera terbentuk oleh peranan masyarakatnya. Maka, dalam budaya ada sastera dan dalam sastera ada budayanya.

"Kewujudan masyarakat minoriti berketurunan Siam perlu disedari khususnya dalam bidang bahasa dan persuratan kebangsaan. Kelahiran mereka dalam arena sastera kebangsaan tidaklah terlalu asing kerana persekitaran mereka memang bergaul mesra dengan masyarakat Melayu" begitulah yang dihujah oleh E Pian Pro Poul, penulis berketurunan Siam.

Dunia kepengarangan adalah salah satu saluran yang membolehkan setiap penulis menulis tentang kewujudan etnik, budaya serta adat resamnya. Dengan penulisan juga, seseorang penulis boleh melontarkan buah fikiran, kritikan atau apa sahaja yang bersangkut paut dengan persekitaran. Tanpa memilih kaum, bidang penulisan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa sekatan untuk memperkenal, mempertahan adat resam, kebudayaan atau bahasa masing-masing.

Selain daripada sesi pembentangan kertas kerja turut diadakan forum yang menampilkan enam ahli panel yang terdiri daripada Jasni Matlani (Gapena) Sabah, Hasyuda Abadi (Sabah), Abizai (Sarawak), Haji Firdaus OKK Haji Nordin (Brunei), Wisnu Pamungkas (Indonesia) dan Abang Haliman Abang Julai (DBP). Forum ini dipengerusikan oleh Jaya Ramba.

Penulis adalah Setiausaha Dua Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA).

Sources; Utusan Malaysia.



Read more...

JENAYAH WARGA NIGERIA BERLELUASA


Jenayah melibatkan warga Afrika khususnya dari Nigeria bukan masalah baru, sebaliknya ia mula dikesan sejak tahun 80-an terutamanya di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menurut laman web rasmi Biro Siasatan Persekutuan (FBI), pihaknya mengkategorikan jenayah melibatkan warga Nigeria sebagai jenayah terancang yang perlu diberi perhatian.
Malah, ancaman itu memaksa biro tersebut menubuhkan jabatan baru, khusus memerangi jenayah yang dilakukan warga Afrika terutamanya Nigeria.

Bermula dengan penipuan skim yang dinamakan surat 4-1-9, warga Nigeria turut dikesan aktif dalam jenayah penipuan kewangan dan dadah.

Dalam penipuan kewangan, FBI mendedahkan AS terpaksa menanggung kerugian sekitar AS$1 bilion (RM3.06 bilion) ke AS$2 bilion setahun.

Antara penipuan lain yang dikesan ialah insurans, penjagaan kesihatan, bank, cek, kad kredit, dokumen kerajaan dan membangunkan identiti palsu termasuk di Internet. Jesteru itu para warga Malaysia yang sering melayari dilaman sosial seperti facebook, tagged, harus berhati-hati untuk menangani segala tipu helah serta taktik  mereka, apabila mendekati awam sebagai mangsa mereka melalui internet.

Selain di AS, siasatan FBI juga mengesan kumpulan warga Nigeria aktif melakukan jenayah sama di 80 buah negara lain.

Pada masa sama, kumpulan berkenaan yang digelar perusahaan jenayah Nigeria dipercayai mengumpul dana hasil jenayah penipuan dan dadah untuk membuka 'cawangan' baru di negara lain.

sumber - http://www.fbi.gov/about-us/investigate/organizedcrime/african
habis

Read more...

China dijangka atasi AS dalam pasaran teknologi



Seorang pekerja membersihkan iklan iPhone 5 di Wuhan, Wilayah Hubei, China. - REUTERS

SHANGHAI 11 Jan. - Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, beliau menjangkakan China akan mengatasi pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran terbesar teknologi dunia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam siri lawatan kali keduanya dalam setahun ke republik berkenaan.

Cook memberitahu, Apple akan melancarkan produk-produk baharu di China.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas pertanyaan pemberita sama ada syarikat itu merancang untuk menghasilkan telefon pintar, iPhone yang lebih murah bagi pasaran baharu muncul seperti China, menurut laporan rasmi berita Xinhua, semalam.

"China pada waktu ini merupakan pasaran kedua terbesar Apple. Saya percaya China boleh menjadi pasaran pertama kami,'' katanya dalam temu bual bersama akhbar Xinhua.
Apple telah menjual melebihi dua juta iPhone 5 di China dalam tempoh tiga hari selepas pelancarannya pada 14 Disember lalu.

Produk-produk daripada syarikat yang berpengkalan di California, AS itu termasuk iPhone dan iPad, sangat popular di China dan digunakan oleh golongan kaya di sana.
Penawaran harga telefon iPhone yang lebih murah di China dan pasaran-pasaran lain akan membantu Apple untuk bersaing dengan telefon-telefon pintar yang lain.

Dalam laporan berasingan iaitu dalam portal internet gergasi, Sina memberitahu bahawa Cook merancang untuk membuka lebih 25 buah kedai telefon di China.
Pada waktu ini, syarikat tersebut mempunyai 11 buah kedai di China dan Hong Kong.
Bercakap mengenai lawatan terkini Cook ke China, beliau berkata, pihaknya mempunyai kod ketat terhadap pengeluaran pembekalnya di China, temasuk Foxconn, Taiwan.
Beliau berkata Apple tidak akan menjalankan perniagaan dengan vendor-vendor yang gagal mematuhi kod amalan syarikat. - AFP


Source:

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Read more...

10 LOKASI HITAM DIKENAL PASTI.




KOTA KINABALU 10 Jan. - Dewan  Bandaraya  Kota Kinabalu  (DBKK)  mengenal  pasti  10  lokasi 'kawasan  hitam'  di bandar raya  in i bagi  diletakkan  di bawah  Pelaksanaan  Inisiatif  Pemutihan Kawasan  Hitam - Program  Bandar  Selamat  pada  tahun  ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, sasarannya ialah sekurang-kurangnya mengurangkan sebanyak 50 peratus rasa bimbang orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah di kawasan berkenaan.

Katanya, kawasan hitam yang disenaraikan itu tidak semestinya kawasan yang mempunyai indeks jenayah tinggi, tetapi sebuah kawasan yang mampu menimbulkan perasaan takut dalam kalangan orang ramai atau berada dalam keadaan tidak terurus.

"10 kawasan tersebut ialah Pasar Besar Kota Kinabalu, Sinsuran, Bandaran Berjaya, Asia City, Api-Api, Sadong Jaya, Karamunsing, Sembulan, Sempelang dan pekan Tanjung Aru," katanya selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan Inisiatif Pemutihan Kawasan Hitam Bandar Raya Kota Kinabalu, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai; Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Peter Umbuas dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdianshah Abdul Karim.
Tambah Abidin, pemilihan lokasi kawasan hitam itu berdasarkan pada tiga kriteria iaitu persekitaran sebanyak 60 peratus, sosial atau ekonomi (30 peratus) dan keselamatan (10 peratus).

Katanya, lokasi yang menjadi sasaran inisiatif tersebut berdasarkan saranan yang telah ditetapkan oleh Unit Khas Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bandar Selamat.
Jelasnya, pelbagai program keselamatan Bandar Selamat dilaksanakan oleh DBKK pada 2011 dan tahun lalu termasuk tindakan pencahayaan di Segama, Kampung Air serta kawasan Kota Kinabalu lama.

"Selain itu, DBKK juga melaksanakan pemasangan rel penghadang di beberapa buah jalan utama, memasang cermin keselamatan di sekitar bandar, menyediakan tempat letak motosikal berkunci dan pemasangan papan tanda peringatan serta talian kecemasan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130111/wb_03/10-lokasi-hitam-dikenal-pasti#ixzz2HyC6kTj4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my

Read more...

Buat Para Remaja Diluar Sana....SYABU.

>> Tuesday, January 1, 2013


SYABU

Syabu atau nama kimianya methamphetamine, adalah dadah peransang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). 


Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walaubagaimanapun, pada hari ini kegunaannya terhad untuk keadaan-keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat)


Syabu dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti ephedrine, pseudoephedrine dan phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang, serbuk racun tikus. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan tetap menempah untuk mati cepat. 


APAKAH NAMA-NAMA SYABU YANG LAIN ?

Syabu juga dikenali sebagai "speed", "meth", "chalk", dan "china white". Syabu yang dihisap secara ' chasing the dragon' disebut sebagai "ice", "crystal", "crank" , dan "glass" . Syabu gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara syabu gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit.


BAGAIMANA CARA SYABU DIGUNAKAN?

Syabu, seperti Ecstacy, dilaporkan disalahgunakan oleh remaja selalunya di pesta-pesta liar, di pesta tari-menari , di kelab-kelab malam, disko, tempat karaoke dan lain-lain tempat hiburan untuk menaikkan mood seseorang dan daya ketahanan fizikal.


Syabu boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh digunakan secara suntikan, dihisap secara merokok, ditelan atau disedut melalui hidung. 


Penggunaan secara suntikan atau dihisap secara ' chasing the dragon' mendatangkan kesan segera keseronokan. Penggunaan secara disedut melalui hidung memberikan kesan dalam 3-5 minit sementara jika ditelan kesannya diperolehi selepasa 15-20 minit. Kedua-dua cara pengambilan dadah jenis ini iaitu dengan cara disedut atau dimakan akan menghasilkan euphoria -mengkhayalkan tetapi tidak dengan kesan segera. Kesan dadah ini akan bertahan sehingga 4 -24 jam.

Kesan toleran ke atas dadah ini terjadi dengan cepat - iaitu kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah - penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah ini secara berulangkali (dikenali sebagai bingeing). Walaubagaimanapun, setiap episod kekhayalan ini semakin kurang keseronokannya dan lebih banyak syabu diperlukan untuk mencapai kekhayalan. Pengguna dadah ini yang dahulunya memakan atau menyedut dadah ini akan bertukar kepada menghisap atau menyuntik dadah ini untuk mendapatkan kesan seronok yang lebih dan cepat.


APAKAH KESAN SEGERA SYABU?

Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa euphoria - rasa gembira dan menyeronokkan; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera.

Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala.



Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.



Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.



APA BAHAYA SYABU KEPADA KESIHATAN? 

Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:




Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2- 3 jam dalam jangkamasa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 - 15 hari akibat dadah ini. 

Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut. 

Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan , badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. 

Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit. 

Allah telah menciptakan siang dan malam, dimana pada hari siang tempat umatnya bekerja mencari nafkah dan pada malam hari tempat sekalian umatnya berehat untuk tidur. Tapi apa yang akan terjadi apabila seseorang itu telah menghisap Syabu..??? Pastinya akan memaksa fizikalnya sentiasa aktif mengakibatkan sipenagih tersebut tidak dapat tidur sehinggah 3 hari ke 7 hari. Dalam kajian Sains, manusia perlu tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari (Untuk orang dewasa) kerana cara berehat dalam tidur akan mencaskan kembali sel-sel dalam otak serta mendapatkan aliran oksigen ke otak agar kecerdasan minda sentiasa aktif. Nah bagaimana pula kesan jika berlakunya setelah menghisap Syabu..?? Kalau sudah tidak tidur selama 3 hari.., otak sudah kekurangan oksigen serta sel-sel otak akan musnah mengakibatkan sesorang itu akan menghidapi masalah ingatan yang menurun, cepat pelupa. Kemudian sambung tidak tidur hinggah ke-7 hari segala sel-sel otak akan tidak berfungsi mengakibatkan sesorang itu akan jadi manusia yang tidak siuman, biasa dipanggil jadi orang gila. Kebiasaan kaum kalangan wanita yang banyak telah menjadi mangsa akibat menghisap SYABU.

Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir). 

Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas. 

Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar. 

Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.

Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman

Bahaya semasa mengandung - penggunaan methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran . 

Kemalangan jalanraya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik. 

Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan methamphetamine dalam jangkamasa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.

Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi. 

Masalah-masalah sosial lain - Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahguna dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini bolih menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi keselamatan National Guard dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis. 


APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU? .

Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini -

Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya. 

Sayangkan diri dan keluarga anda, hindari DADAH....syabu.....Kerana anda menempah maut. Kerana SYABU...sekarang telah dimanupulasikan dengan pelbagai ramuan antaranya ialah; Serbuk Racun Tikus, lingkaran racun nyamuk; Dengan adanya campuran ini dapat mengatasi masalah kerajaan khususnya jabatan yang berwajib kerana para penagih tetap menagih dan sukar untuk berhenti, jesteru itu biarkan dia teruskan untuk menghisap SYABU agar cepat mati....supaya tidak merebak kepada generasi baru. Kerana menyedari, sekali pun hukuman penagih atau pengedar najis DADAH ini agak berat, namun tidak di hiraukan oleh mereka, malah ianya merebak dan tumbuh seperti cendawan, khususnya didaerah Pedalaman, Sabah.

Read more...

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP