China dijangka atasi AS dalam pasaran teknologi

>> Monday, January 14, 2013



Seorang pekerja membersihkan iklan iPhone 5 di Wuhan, Wilayah Hubei, China. - REUTERS

SHANGHAI 11 Jan. - Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, beliau menjangkakan China akan mengatasi pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran terbesar teknologi dunia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam siri lawatan kali keduanya dalam setahun ke republik berkenaan.

Cook memberitahu, Apple akan melancarkan produk-produk baharu di China.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas pertanyaan pemberita sama ada syarikat itu merancang untuk menghasilkan telefon pintar, iPhone yang lebih murah bagi pasaran baharu muncul seperti China, menurut laporan rasmi berita Xinhua, semalam.

"China pada waktu ini merupakan pasaran kedua terbesar Apple. Saya percaya China boleh menjadi pasaran pertama kami,'' katanya dalam temu bual bersama akhbar Xinhua.
Apple telah menjual melebihi dua juta iPhone 5 di China dalam tempoh tiga hari selepas pelancarannya pada 14 Disember lalu.

Produk-produk daripada syarikat yang berpengkalan di California, AS itu termasuk iPhone dan iPad, sangat popular di China dan digunakan oleh golongan kaya di sana.
Penawaran harga telefon iPhone yang lebih murah di China dan pasaran-pasaran lain akan membantu Apple untuk bersaing dengan telefon-telefon pintar yang lain.

Dalam laporan berasingan iaitu dalam portal internet gergasi, Sina memberitahu bahawa Cook merancang untuk membuka lebih 25 buah kedai telefon di China.
Pada waktu ini, syarikat tersebut mempunyai 11 buah kedai di China dan Hong Kong.
Bercakap mengenai lawatan terkini Cook ke China, beliau berkata, pihaknya mempunyai kod ketat terhadap pengeluaran pembekalnya di China, temasuk Foxconn, Taiwan.
Beliau berkata Apple tidak akan menjalankan perniagaan dengan vendor-vendor yang gagal mematuhi kod amalan syarikat. - AFP


Source:

© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP