Keningau hampiri sasaran sebagai pengeluar padi terbesar di Sabah
>> Sunday, December 19, 2010
19th December, 2010
KENINGAU: Keningau menghampiri sasaran sebagai pengeluar padi terbesar di negeri ini selepas berjaya menghasilkan tuaian padi 10 metrik tan sehakter.Kejayaan itu dihasilkan melalui Projek Peningkatan Hasil Tanaman Padi Ke Arah 10MT / Hakter, yang diilhamkan oleh Jabatan Pertanian Keningau yang bermula pada awal Oktober lepas.
Pegawai Pertanian Keningau Leon Annol yang membawa wartawan ke tapak projek yang terletak di Kg. Ambual memberitahu, pelaksanaan projek printis itu melibatkan keluasan sawah kira-kira 100 ekar atau 40.3 hakter yang diusahakan secara berkolompok oleh seramai 38 orang petani di kampung itu.
“Kita berjaya akhirnya,” katanya dan memberitahu, pencapaian terbaik penghasilan padi di negeri Sabah ialah 5 metrik tan sehakter.
Beliau berkata, projek yang dilaksanakan di Kg. Ambual akan menamatkan kemelut pergantungan beras import, jika petani akan terus menggunakan amalan pertanian moden seperti yang diperkenalkan oleh jabatan itu. Sebelum ini sawah yang diusahakan oleh petani melalui amalan konvensional, sekadar dibuat menurut warisan untuk mendapatkan beras sebagai keperluan keluarga.
Bagaimanapun Leon berkata, Jabatan Pertanian berjaya menamatkan amalan itu dengan melakukan rombakan prepsepsi minda petani, dengan cara meletakkan ‘padi sebagai sumber kekayaan’.
“Dan ia terbukti pada hari ini,” katanya dan menambah, kesediaan petani untuk menerima tranformasi itu antara faktor penting kejayaan projek itu
Pegawai itu menjelaskan padi yang dihasilkan melalui projek itu jika diniagakan, memberi pulangan pendapatan kepada petani kira-kira RM49,972 atau RM1,240 sehakter dalam tempoh 100 hari.
Purata pemilikan sawah dikalangan petani di Kg. Ambual ialah 5 hakter atau purata pendapatan semusim mereka ialah RM3,720 seorang. Semusim bersamaan dengan 100 hari dengan menggunakan benih padi daripada variety MR159.
“Ini membuktikan pertanian padi kini merupakan satu perniagaan yang amat menguntungkan,” katanya. Projek peningkatan hasil tanaman yang diilhamkan oleh Jabatan Pertanian Keningau, memperkenalkan kaedah perta- nian moden yang dikawal sepenuhnya berdasarkan protokol terpimpin sejak awal penyediaan tapak.
“Kita memperkenalkan kepada petani system pertanian yang teratur, dengan mengesyorkan penyeragaman petak sawah, penanaman melalui kaedah tabur, pengawalan air, kawalan rumpai dan pembajaan yang teratur,” katanya. Leon memberitahu, matlamat jabatan untuk mengalihkan budaya konvensional kepada cara moden dikalangan petani berjaya dilaksanakan. Katanya, melalui kaedah baru itu petani mampu meraih pendapatan berlipat kali ganda berbanding sebelum.
Menjawab satu soalan, Leon berkata, jabatan pertanian Keningau sedang berusaha untuk membawa teknologi yang boleh membantu petani menghasilkan pelbagai kegunaan, ke atas bahan buangan padi seperti jerami dan hempas padi.“Semua ini dalam perancangan jangka panjang,” kata- nya.Sementara itu ketua peserta projek itu, Garius Pukin memberitahu, pihaknya akan memperluaskan saiz penanaman padi mulai pada tahun hadapan.“Kita akan mempertimbangkan cadangan penanaman padi tiga kali setahun, dengan menggunakan veriati padi MR159,” katanya dan menambah, projek itu termasuk dalam perancangan untuk menjadikan Keningau sebagai pengeluar padi untuk keperluan domestik di negeri ini.
Sources: Sabah Times.
0 comments:
Post a Comment