PMR: 870 pelajar Sabah perolehi A semua mata pelajaran
>> Saturday, December 25, 2010
KOTA KINABALU: Seramai 870 pelajar dari Sabah memperolehi semua A dalam mata pelajaran yang diambil dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Haji Muhiddin Bin Yusin, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan 0.75 peratus pada tahun ini berbanding 594 pelajar mendapat A pada 2009. Bagi PMR 2010 seramai 37,078 calon menduduki peperiksaan itu.
Muhiddin juga berkata untuk tahun ini sejumlah 21, 783 calon memperolehi tahap kelulusan memuaskan minimum (termasuk D) dalam semua mata pelajaran yang diambil, iaitu meningkat 3.95 peratus berbanding kelulusan pada 2009. PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan untuk empat mata pelajaran teras di mana 96.6 peratus lulus untuk Bahasa Melayu (meningkat 0.51 peratus), 67.2 peratus untuk Bahasa Inggeris (meningkat 3.88 perat us), 89.9 kelulusan untuk Matematik (meningkat 3.44 peratus) dan 94.7 peratus untuk Sains (meningkat .07 peratus).SM Sains Lahad Datu mencatatkan pelajar yang paling ramai memperolehi 8A dengan 67 pelajar manakala SM Sains Kota Kinabalu dengan 49 pelajar. Kedua-dua sekolah ini mencatatkan kelulusan 100 peratus.
Sementara itu enam sekolah, yang memperolehi sekolah terbaik Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan PMR tahun ini ialah SM Sains Lahad Datu (1.08), SM Sains Kota Kinabalu (1.15), SM Agama Kota Kinabalu (1.57), SMK Agama Inanam (1.7), SMK Tawau (1.95) dan SM St. Micheal Penampang (1.95). Sementara itu Muhiddin berkata semua pelajar yang memperolehi semua A dalam peperiksaan PMR 2010 juga menjadi pelajar terbaik.
Sources: Sabah Times.
Sources: Sabah Times.
0 comments:
Post a Comment