BN mesyuarat..Jumaat, Bincang pilihanraya umum ke-13.

>> Tuesday, May 10, 2011

Majlis tertinggi BN akan mengadakan pertemuan pada Jumaat bagi membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya ujian sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu telah membincangkan isu berkenaan dengan panjang lebar termasuk mengadakan ujiannya sendiri pada Julai bagi melicinkan jentera pilihan rayanya.

"Bila kita ada pilihan raya mengejut, kita tidak tahu. Itu kita serahkan kepada Tuhan dan juga perdana menteri...," katanya yang juga setiausaha agung BN dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengakui bahawa terdapat isu tertentu yang memberi kesan kepada jentera BN berdasarkan prestasinya dalam pilihan raya negeri Sarawak dan siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008.

"Kita lihat apa yang berlaku di Sarawak, di Batu Sapi, di Johor dan semua pilihan raya kecil yang kita telah lalui, kita mahu (pertingkatkan) jentera tertentu yang tidak berusaha seperti yang kita mahu," katanya," katanya lagi.

Source: Malaysiakini.

0 comments:

My Visitors.

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP